Menjelang 2013... imbas semula apa impian yang telah terlaksana dan gagal dilunaskan sepanjang tahun 2012 ini. Secara keseluruhan alhamdulillah, perjalanan hidup lancar dengan dikelilingi insan-insan tersayang yang sihat walafiat sedang diri sendiri turut dikurniakan kekuatan berdepan hari-hari yang sememangnya mencabar. Kesihatan dan kesejahteraan adalah anugerah paling indah dan terpenting, dengan keluarga tercinta, direstui suami, dikelilingi anak-anak, mempunyai kerjaya yang baik dan mampu berfikir dengan akal yang waras....alhamdulillah.
Friday, 28 December 2012
Thursday, 27 December 2012
Percutian Di Pulau Jerejak
Perancangan untuk bercuti dibuat pada saat akhir... sudahnya semua kawasan peranginan telah penuh. Dari satu tempat ke satu tempat dicuba tetapi tidak ada kekosongan. Percutian yang kami cari adalah yang menghala ke Utara, sambil balik kampung boleh bercuti satu malam... dan dalam tak sengaja Pulau Jerejak menjadi destinasi.
Perjalanan bermula dari kampung Mr. Hubby di Alor Setar, terus ke Pulau Pinang. Dari tanah besar ke pulau menaiki feri. Anak-anak ceria berkereta di atas feri. Dari kejauhan pandangan sayup di seberang pulau dan kemudiannya semakin mendekat menampakkan pembangunan dan kemajuan yang ada.
Perjalanan bermula dari kampung Mr. Hubby di Alor Setar, terus ke Pulau Pinang. Dari tanah besar ke pulau menaiki feri. Anak-anak ceria berkereta di atas feri. Dari kejauhan pandangan sayup di seberang pulau dan kemudiannya semakin mendekat menampakkan pembangunan dan kemajuan yang ada.
Wednesday, 12 December 2012
Indahnya 12/12/12
Hari ini tarikh
istimewa yang tentunya lebih bermakna dari simbolik angka 12.12.12 kerana pada
12 Disember sembilan tahun lalu, selepas solat Asar maka terlafaz ijab dan kabul
antara aku dan Mr.Hubby.
Thursday, 6 December 2012
Tangisan Di Bumi Palestin
Ketika kita sedang bercanda, tidakkah terbayang rintihan saudara kita di Gaza...
Ketika kita menyuap makanan, tidakkah teringat apa yang dimakan saudara kita
Ketika kita resah, tidakkah tergambar kegelisahan rakyat Palestin
Ketika kita merasa susah, mengapa tidak membayangkan kepayahan perjuangan mereka...
Sunday, 2 December 2012
Melayu kan Gagah di Nusantara
Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang
Thursday, 29 November 2012
Keluarga Baru...empat ekor rbit
Dalam kesibukan tetiba ada keluarga baru... rbit dh selamat melahirkan enam ekor anak...malangnya dua ekor mati kemudiannya, dan yang tinggal empat ekor. Ciut miut tapi baby sangat la, mata pun tak buka lagi...
Sunday, 25 November 2012
Smart Reader Kids Concert & Graduation 2012
Usia Ameer telah melepasi empat tahun dan hampir setahun belajar di Smart Reader Kids. Alhamdulillah perkembangannya sangat memberansangkan. Pada tarikh 25 Dis 2012 (waktu aku kena bekerja) konsert Ameer berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Mujurlah lokasinya berhampiran dengan pejabatku dan aku dapat meluangkan masa bersama meraikan hari bersejarah untuk Ameer.
Thursday, 15 November 2012
Awal Muharram Bersama Keluarga
Alhamdulillah, sambutan tahun baru Hijrah 1434 kali ini dapat diraikan bersama sanak-saudara khususnya adik-beradik yang berkumpul bersama-sama. Kebetulannya, masa yang ada digunakan sepenuhnya dengan bacaan surah Yassin dan majlis doa selamat agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati-Nya.
Tuesday, 13 November 2012
Cuti Sekolah Bermula
Sesi persekolahan untuk tahun 2012 telah berakhir dan Amira
bakal masuk darjah 2 tahun hadapan. Alhamdulillah, pencapaian Amira tidak
mengecewakan dan amat memberansangkan. Di SK Bandar Kinrara, biarpun tidak
mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga tetapi dia masih berada dalam kelas
terbaik dikalangan lapan buah kelas yang ada. Di Kafa Ibu Sina pula lebih
menarik kerana Amira mendapat kedudukan terbaik dikalangan rakan-rakannya.
Alhamdulillah dan semoga pencapaian ini terus berkekalan.
Sunday, 4 November 2012
Konsert Amira: The Sound Of Music
Amira ada
konsert... solo berpiano. Walaupun baru level dua tapi dia ada keyakinan untuk
melaksanakan tugasan, apatah lagi berdepan dengan penonton yang pelbagai kaum
dan peserta yang lebih dewasa. Aku pula yang teruja malah Mr. Hubby pun seakan
kurang percaya dengan kemampuan Amira. Maklumlah, keluarga kami tidak ada
seorang pun yang mempunyai asas dalam muzik tetapi aku yang begitu ghairah
dengan kelas piano ini.
Saturday, 27 October 2012
Aidiladha di Kg. Mempelam
Sambutan Hari
Raya Aidiladha kali ini amat berbeza dengan diraikan dalam pelaksanaan korban
dalam adik-beradik Mr.Hubby. Indahnya silaturrahim yang terjalin apabila
sembilan beradik lengkap bersama keluarga masing-masing dalam merealisasikan
ibadah korban. Lebih bermakna apabila pelaksanaanya juga berlangsung
bersama-sama yang bermula dari persiapan kenduri, penyembelihan, melapah,
memasak dan makan...
Tuesday, 9 October 2012
Pertemuan SKLJ Selepas 23 Tahun
Alam sekolah rendah sudah terlalu lama aku tinggalkan. Sudah
lebih 23 tahun berlalu sesi pertama pelajar di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
(SKLJ). Dalam kesempatan ini, aku dihubungi melalui laman sosial untuk
pertemuan kembali di arena permainan suatu ketika dulu yang kini telah berubah
wajah. Bertempat di Satay Station, Ampang yang dulunya kami kenali sebagai Kampung
Tengah, maka pertemuan diatur pada petang Sabtu, 6 Oktober.
Indahnya mengimbas kenangan di alam persekolahan
sedangkan ketika ini rakan-rakan yang ada sudah pun beranak-pinak dan menjalani
kehidupan yang pelbagai dengan kerjaya berbeza.
Wednesday, 3 October 2012
Pembukaan Cawangan Baru GJC Mr. Hubby
Hari yang ditunggu tiba jua... Perasmian cawangan baru Gloria Jean's Coffees di bawah seliaan Simfoni Segar Sdn Bhd. Disangka ini yang kedua tapi rupanya, rezeki dari Allah SWT melimpah-ruah... Inilah yang ketiga selepas proses ambil alih GJC di Dataran Maybank, Bangsar berlangsung lancar mulai 1 Oktober lalu.
Syukur Ya Allah... Tanpa restu-Mu laluan Mr. Hubby tidak akan dipermudahkan, biarpun ternyata banyak rintangan yang dilalui.
Monday, 24 September 2012
Curi Masa – Genting Highlands
Dalam kesibukan
seharian melaksanakan tugas dalam kerjaya, aku dan Mr. Hubby masih dapat ‘mencuri’
masa untuk memenuhi hasrat bercuti dengan anak-anak di taman tema Genting
Highlands. Kebetulannya, Angah baru habis praktikal dan akan pulang ke kampung
walhal perancangannya untuk ke Genting Highlands bersama rakan-rakannya asyik
terbatal saja.
Kali terakhir aku
dan Mr. Hubby berkunjung ke sini lebih dari lapan tahun lalu iaitu semasa kami
dialam percintaan...cewah. Taman bunga di luar taman tema adalah tempat lepak
kami ketika itu apatah lagi perjalanan ke Genting hanya sekitar 30-40 minit
saja dari Gombak.
Tuesday, 18 September 2012
Mencari Keredhaan Ilahi
Sebagai insan yang
inginkan kesempurnaan dengan perjalanan hidup berlangsung lancar, maka tentunya
aku inginkan keredhaan dari-Nya. Namun, aku sedar sebagai seoarng isteri
keredhaan yang aku inginkan hanya akan tercapai dengan restu dari suami kerana
aku memahami, apa jua yang aku lakukan waima impian dan cita-cita tidak akan
tercapai tanpa keizinan dan kerelaan dari suamiku.
Keredhaan Ilahi
adalah atas restu dari suami dan aku sanggup korbankan apa saja (selagi
menepati hukum agama) jika apa yang aku lakukan tidak menyenangkan hati
suamiku. Sungguh, aku mahukan restu dari suamiku dalam apa jua yang dilakukan.
Setulus hati dan seikhlas-ikhlasnya aku turuti apa jua yang dimahukannya, aku
enggan melakukan apa yang tidak disukainya walau mungkin aku terpaksa korbankan
sesuatu yang pernah menceriakan aku suatu dulu.
Sunday, 16 September 2012
Jet Mewah
Tanpa pernah termimpi dapat merasai kemewahan dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Merasai jet peribadi mewah milik seorang konglomerat terkemuka yang kini berkecimpung dalam arena politik.
Bayangkan dalam masa hanya 30 minit aku sudah berada di Kelantan dengan dalam tempoh itu aku duduk selesa menikmati hidangan yang dilayan oleh seorang pramugari. Kemudiannya, dalam masa sehari aku boleh berulang alik ke tiga negeri, pagi di Kuala Lumpur terus ke Pulau Pinang dan tengaharinya dalam masa 12 minit kemudian aku berada di Alor Setar, dan petangnya berada di Shah Alam.
Thursday, 6 September 2012
Impian berlarutan...
Aku sedar, tak semua apa yg kita impikan akan jadi kenyataan. Ada cita-cita yang lambat untuk menjadi realiti dan ada juga yang tidak akan sampai ke penghujungnya.
Kecewa dan terkilan, sedih dan sayu tapi masih memanjatkan sepnuh kesyukuran biarpun impian tidak terlaksana tetapi masih banyak rezeki lain yang dilimpahkan ole-NYA.
Pada-MU Tuhan, mohon permudahkanlah impian kami sekeluarga, hasrat yang masih terbengkalai biarpun telah lebih empat tahun diusahakan....
Monday, 20 August 2012
Aidilfitri Ke Hospital
Tanggal 1 Syawal
1433 bersamaan dengan 19 Ogos 2012, amat berbeza bagiku dan keluarga apabila
hari raya kali ini dirasakan tidak semeriah tahun-tahun lalu lantaran bapak terlantar sakit di hospital. Tiga hari terakhir Ramadan, bapak tak sihat
hinggakan dia terpaksa dirujuk ke Hospital Selayang dan hasil laporan, penyakit
lama bapak iaitu ulser perutnya kembali lagi. Perut bapak berdarah dan perlu
rawatan khusus. Bapak tak dibenarkan makan dan minum sebaliknya hanya drip air
garam yang masuk ke dalam tubuhnya.
Thursday, 16 August 2012
Ramadan Terakhir dan Kehilangan....
hari raya Aidilfitri 1987, aku bersama abang Cici |
Tuesday, 14 August 2012
Tazkirah - Mencari Lailatul Qadar & AidilFitri
Penceramah: Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya
Tarikh: 14 Ogos 2012 / 25 Ramadan 1433
Tempat: Surau Ar-Rahman, PWTC.
Antara kandungan ceramah:
Perwatakan nabi di 10 mlm yg terakhir. Nabi kejutkan ahli keluarga & hidupkan malam spt solat, zikrullah & apa2 saja berkenaan ibadah.
Sekarang masuk mlm 25 Ramadan, kejar malam lailatul qadar.
Tuesday, 7 August 2012
Tazkirah - Seharum Kasturi Ramadan oleh Ustaz Kazim
Ceramah yg bersulam tawa dan segar dengan jenaka. Hari ke-17 Ramadan di Surau
Ar-Rahman dilimpahi khalayak yang cintakan ilmu dan mendengar secara ‘live’
ceramah Ustaz Kazim Elias. Terbukti semua mendengar tanpa rasa bosan dan mengantuk.
Ini adalah antara nota yang saya yang dapat taip melalui hp. Memang tak lengkap lagilah sebab dah tertinggal part awal:
Ini adalah antara nota yang saya yang dapat taip melalui hp. Memang tak lengkap lagilah sebab dah tertinggal part awal:
Saturday, 4 August 2012
Cerpen - Mencari Taubat Nasuha
hantar pada majalah sinar rohani 26/1/07
“Saudara,” bahunya dicuit lembut seiring dengan suara yang memanggilnya.
Lelaki
itu menoleh dan memandang wajah jernih di sebelahnya. Ternyata bahawa lelaki
itu amat setia melayan dirinya, mendengar ceritanya dan seketika kemudian
memerhatikannya yang hanyut jauh dibawa perasaannya sendiri.
Lelaki
berwajah jernih itu senyum padanya dan secara sepontan juga dia membalas
senyuman lelaki berwajah jernih tersebut. Penuh dengan ketulusan dan keikhlasan
yang tersemat.
“Saudara,
hanya Allah yang dapat mengembalikan keyakinan dan membawa rasa kebahagiaan
dalam diri saudara. Sebagai insan, kita terlalu lemah dan amat mudah untuk
terluka. Hanya keimanan yang teguh di samping keluhuran hati melepaskan segala
yang telah pergi.”
Wednesday, 1 August 2012
Tazkirah Ramadan Di Surau Ar-Rahman PWTC
Nota yang dapat dikongsi dalam tazkirah di Surau Ar-Rahman, PWTC tengahari tadi. Tazkirah disampaikan oleh Ustaz
Zakaria Isa, Imam Besar 1 Masjid Wilayah Persekutuan.
Sebulan puasa adalah latihan untuk kehidupan selama 11 bulan sebelum Ramadan akan datang. Target yg penting, beribadat dgn Allah bersungguh2.
Patutnya lg lama lg gigih. Ujian untuk ketahanan diri.
Ada orang suka Ramadan datang, masjid penuh. Mudah-mudahan berterusan.
Istiqamah terutamanya dlm beribadat kepada Allah. Berterusan jangan sekejap buat dan sekejap tak buat.
Sebulan puasa adalah latihan untuk kehidupan selama 11 bulan sebelum Ramadan akan datang. Target yg penting, beribadat dgn Allah bersungguh2.
Patutnya lg lama lg gigih. Ujian untuk ketahanan diri.
Ada orang suka Ramadan datang, masjid penuh. Mudah-mudahan berterusan.
Istiqamah terutamanya dlm beribadat kepada Allah. Berterusan jangan sekejap buat dan sekejap tak buat.
Sunday, 29 July 2012
Abg Cici Dah Pergi….
Ramadan yang keenam, sementara menunggu waktu berbuka puasa
aku melayan anak-anak dalam keadaan yang lelah setelah seharian bekerja. Ketika
itu jam menghampiri pukul 7.00 malam. Telefon bimbitku berbunyi… sekali bunyi
tak sempat ku angkat. Kemudian berbunyi lagi dan dihujung talian suara Zack
cemas…, katanya ayah dah tak bergerak tolong cepat datang. Aku turut cemas,
segera memberitahu Mr. Hubby yang sedang bertadarus. Tetapi Mr. Hubby tenang
saja dan menyarankan agar berbuka puasa terlebih dahulu ditambah lagi dengan
kesesakan jalan. Aku enggan menggesa tetapi hati meronta. Aku hubungi abang
Hakim dan sarannya agar aku tidak cemas sebaliknya menguruskan keluarga dan
anak-anak terlebih dahulu dengan dia sendiri yang akan berkejar ke sana bersama
bapa. Aku lega sedikit.
Selepas sahaja solat maghrib aku dan Mr. Hubby bersegera ke
Ampang, dan kemudian abang Hakim menghubungiku. Katanya, abang Cici dah tak ada….
Innalillahiwainnailaihirajiun. Dari Dia kita datang dan kepada-Nya juga kita
kembali. Airmataku mengalir dalam keredaan hati dengan pemergian abang Cici
apatah lagi setelah melihat sendiri penderitaannya yang berpanjangan.
Monday, 23 July 2012
Kesihatan: Punca dan Muhasabah Diri
Sejak dua minggu
lalu tahap kesihatan aku menurun. Bermula dari demam, selsema dan batuk yang
berpanjangan. Sangat tidak menyelesakan. Aku ambil MC sehari dan sepanjang hari itu aku rehat sepenuhnya dengan tidur yang panjang. Demam kebah tetapi batuk
dan selsema berlarutan. Jika diingat-ingat sudah amat lama aku tidak merasai
sakit sedemikian sehinggakan tidur malamku pun terganggau dengan batuk
berkahak. Peritnya....
Klinik pula,
sudah tiga kali aku kunjungi, hingga akhirnya doktor yang merawatku turut
membekalkan ubat asma dan beberapa ubat lain yang lebih ‘kuat’ kerana katanya
kahak terlalu banyak dalam paru-paru aku.
Friday, 20 July 2012
Cerpen: Buntu
TERBIT DLM DEWAN
SASTERA JUN
2007
______________________________________________________________________
APABILA yang berlaku tidak sama dengan apa yang
dirancang, semuanya hancur berderai. Pilunya rasa. Bukan hanya jatuh terduduk
tetapi telah tersungkur mencium tanah dan luka.
Bagaimana
untuk bangkit semula? Bagaimana untuk meneruskan langkah jika tidak bangun? Tetapi, jika bangun sekalipun kemana
langkahnya hendak dihalakan? Tidak tahu arah yang akan dituju, tidak pasti
haluan yang akan dibawa dan entah ke mana kaki akan dilangkahkan.
Tuesday, 17 July 2012
Kondisi Terkini Abang Cici...
Pagi tadi aku
berkunjung lagi ke HKL di Institut Radioterapi & Onkologi yang menempatkan
abang Cici di sini. Sudah lebih sebulan
abang Cici menghuni wad 4B yang menempatkan para pesakit kanser dan aku adalah
pengunjung setianya. Biarpun tidak banyak yang dapat aku lakukan tetapi
sekurang-kurangnya aku dapat bercakap dengan abang Cici.
Alhamdulillah,
keuzuran abang Cici tidak separah sebelum ini. Aku melihat perubahannya biarpun
aku akui tubuhnya yang kurus semakin melidi. Tulang tubuhnya tampak tersembul
tanpa disaluti isi menggebu.
Friday, 13 July 2012
Hobi Mr. Hubby Di Rumah
Hobi Mr. Hubby amat berbeza dengan aku yang lebih gemar membaca novel, menulis, berjalan dan menonton. Aku hanya mengetahui hobi Mr. Hubby selepas kami berumahtangga biarpun aku mengenalinya dua tahun sebelum itu dan kemudian ditambah dengan ikatan pertunangan selama 10 bulan.
Sepanjang hidup bersama, tanah di depan rumah kami telah acapkali berubah landskapnya. Bermula dari kawasan kontang kemudian ia merimbun dengan pepohon menghijau, lengkap dengan air pancut dan batuan mengelilingi. Terbaru, ia berubah lagi dengan semaian pepohon berbunga, merah warna mawar dan beberapa pohon orkid turut diborong semasa Pesta Flora 2012 lalu.
Tuesday, 10 July 2012
Friday, 6 July 2012
Ulang Tahun Kelahiranku
Tarikh 2 Julai
genap usiaku 35 tahun. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku terus diberi
kesempatan menikmati kesejahteraan hidup dengan kesihatan, keluarga, saudara
mara dan rakan taulan yang sangat membahagiakan. Pertambahan usia bukanlah satu
masalah buatku kerana apa yang lebih penting adalah pengisian untuk sepanjang
usia tersebut dengan pengalaman dan kematangan fikiran.
Alhamdulillah,
dalam menyusur usiaku ini, aku sempurna sebagai insan yang tidak cetek
pengetahuan, mempunyai keluarga, berkerjaya dan tidak merempat, justeru apa
yang penting buatku adalah mencanai kesemuanya dalam kesempurnaan kehidupan
seorang insan tanpa perlu menyusahkan sesiapa tetapi sebaliknya memberi bantuan
sepenuhnya.
Thursday, 5 July 2012
Jakarta Oh Jakarta....
Aku berkesempatan
berkunjung ke bumi Jakarta, kota metropolitan yang amat terkenal dengan kesibukan
dan kesesakannya. Bersama para delegasi aku merasai layanan bertaraf VIP, berkenderaan
mewah Alphard siap dengan polis pengiring dan menghuni hotel mewah Four Seasons,
Jakarta.
Aku tidak
mengambil mudah tugasan ke Kota Jakarta ini kerana aku sedar bahawa aku
terpilih atas tanggungjawab yang bukan kecil. Tentunya, selain liputan
pemberitaan pasti aku perlu membuat laporan atas apa yang berlaku sepanjang
kunjungan tersebut. Tentunya ia bukan tugas yang mudah apatah lagi ia
membabitkan urusan bersama dengan partai-partai campuran di Indonesia. Dalam
kecetekan akalku menjangkau situasi politik di Indonesia aku merasai betapa
berbezanya pandangan mereka dengan suasana masyarakat Malaysia. Namun paling
penting, hubungan serumpun dua negara menjadi pengikat, budaya dan agama yang
sama tidak akan dapat memisahkan dua negara bersempadan.
Friday, 29 June 2012
Suatu ketika...
Dalam berkemas aku terjumpa kembali video yang aku pernah cuba buat untuk Amira & Ameer, tapi tak siap dan kemudian terbengkalai begitu saja.... Setelah 3 tahun berlalu, aku menyelami kembali apa yang pernah berlaku ketika usia Amira baru meniti empat tahun, sangat pemalu... pendiam dan terlalu pasif.
Wednesday, 27 June 2012
Kelas Piano Amira di Ars Nova Music
Ketika usia Amira empat tahun, dia pernah minta untuk belajar piano tetapi ketika itu Mr. Hubby tak beri kebenaran lagi pun Amira masih terlalu mentah. Kemudian hujung tahun lalu apabila usia Amira hampir memasuki enam tahun, aku mula mencari sekolah muzik yang sesuai. Paling penting tidak jauh dari rumah
Amira begitu teruja untuk belajar kelas piano dan semuanya dimulakan pada kadar yang segera. Walaupun pada mulanya Mr. Hubby seakan keberatan namun ia kendur lantaran sikap Amira yang begitu excited. Kelas Amira bermula pukul 8.00 malam setiap Selasa, 45 minit kelas teori dan praktikal seterusnya 15 minit adalah latihan persendirian yang melengkapkan jumlah masa satu jam.
Amira begitu teruja untuk belajar kelas piano dan semuanya dimulakan pada kadar yang segera. Walaupun pada mulanya Mr. Hubby seakan keberatan namun ia kendur lantaran sikap Amira yang begitu excited. Kelas Amira bermula pukul 8.00 malam setiap Selasa, 45 minit kelas teori dan praktikal seterusnya 15 minit adalah latihan persendirian yang melengkapkan jumlah masa satu jam.
Anganan Dunia Penulisanku
Suatu ketika dulu aku pernah memasang impian untuk berkarya
dalam penulisan kreatif apatah lagi pengkhususan aku dalam Ijazah Sarjana Muda
adalah Penulisan. Ketika itu menjadi kelaziman bagiku untuk menulis cerpen,
puisi, skrip drama, rencana malah kritikan sastera juga pernah aku cuba. Namun
hari ini aku terkesimpang jauh dari genre asal penulisanku. Biarpun masih juga
menulis sebagaimana ia mencerna minda tetapi motif dan arah haluanku telah
berbeza.
Apabila membaca kembali tulisan-tulisanku yang lalu aku sedar bahawa aku lebih gemar bermain dengan bahasa dan lebih terarah kepada karya berat daripada bentuk popular. Sebagaimana aku pernah menghasilkan sebuah novel bagi memenuhi kursus penulisan tersebut, dengan tajuknya 'Miopia Hati'. Ketika itu jika ada sesiapa yang bertanya maksudnya maka jawabku carilah di dalam kamus kerana aku bersandarkan seluruh perkataan kepada buku tebal Kamus Dewan....
Tuesday, 26 June 2012
Cerpen – Kognisi Pengemis Tua
KOGNISI PENGEMIS TUA- terbit dalam Majalah Tunas Cipta Disember 2005
Kaki lima kedai yang terletak
berhampiran dengan jalan raya disusurinya. Langkahnya perlahan. Lambat-lambat
tetapi masih segak. Sebenarnya dia tidak tahu arah haluannya. Dia sekadar berjalan untuk menghilangkan kebosanan yang menghurung sebentar tadi.
Kesibukan yang dilaluinya sepanjang
kaki lima deretan kedai di bangunan lima tingkat tersebut seakan tidak
meninggalkan kesan. Ternyata percubaannya untuk menghilangkan kecamuk di dalam
fikirannya tidak berjaya.
Orang ramai yang lalu-lalang di
sekelilingnya tidak dihiraukan langsung. Kepanasan suasana juga tidak
diendahkan lagi. Tanpa tahu apa yang akan dilakukannya dan tempat untuk
ditujunya. Akhirnya dia kehilangan punca.
Friday, 22 June 2012
Ayahandaku - Lafaz Yang Tersimpan
Dalam usia tua ayahandaku, amat sayu menatap wajahnya yang penuh dengan kedut-kedut di wajah. Matanya redup, pandangannya sayu... tiada ucapan yang dapat dilafazkan sebagaimana lirik lagu Lafaz Yang Tersimpan
Thursday, 14 June 2012
Abang Cici Sakit, Insafi Kealpaan Diri
Kita hanya akan menghargai kesihatan
apabila melihat kesakitan insan lain
Kita hanya akan akui betapa mewahnya kita
apabila berkongsi kesusahan insan lain
Kita akan merasakan kebaikan
apabila melihat keburukan yang dilakukan insan lain
Kita akan menyedari betapa mewahnya kita
apabila menyelami kedaifan insan lain
apabila melihat kesakitan insan lain
Kita hanya akan akui betapa mewahnya kita
apabila berkongsi kesusahan insan lain
Kita akan merasakan kebaikan
apabila melihat keburukan yang dilakukan insan lain
Kita akan menyedari betapa mewahnya kita
apabila menyelami kedaifan insan lain
Kita akan sedar betapa bertuahnya kita
apabila melihat keuzuran insan lain
apabila melihat keuzuran insan lain
Kita akan mensyukuri setiap detik yang kita ada
apabila sedar nyawa melayang tanpa mengira usia.
apabila sedar nyawa melayang tanpa mengira usia.
Betapa kita seringkali gagal menginsafi apa yang telah kita lakukan dan mempunyai
hasrat untuk memperbaiki kekurangan kita
Monday, 11 June 2012
Abang Cici, Pilu Insan Disayang Terlantar Uzur…
Suatu ketika dahulu abang Cici adalah insan yang sihat, kuat bekerja dan rajin membantu sama ada dalam kenduri-kendara atau kesusahan namun hari ini keadaannya amat jauh berbeza. Keuzurannya terlalu amat, kesakitan yang dialami tidak tertampung dengan tubuhnya yang kini hanya tingga tulang sedangkan suatu ketika dulu,tubuh inilah yang pernah mencempung diriku diusia remaja ketika aku kemalangan.
Istimewanya abang Cici sebagai abang aku yang sangat ringan tulang, membantu sesiapa saja yang kesusahan dan bersifat melindungi padaku biarpun wajahnya seringkali serius. Aku akui, diusia kecilku abang Cicilah yang paling aku takuti kerana ketegasannya tetapi apabila aku remaja beliau semakin terbuka dan dalam dewasaku masih terasa belasnya untuk memanjakan aku sebagai adik bongsu dan tunggal perempuan.
Saturday, 2 June 2012
Hatyai…Sawadikappp…
Percutian kali ini berbeza kerana ia
menyeberang sempadan. Sebagaimana musim cuti persekolahan, kami sekeluarga
pulang ke kampung halaman Mr. Hubby... menjenguk bapa mertua yang uzur,
berkunjung ke rumah sanak-saudara dan kemudian merancang percutian sendiri.
Memandangkan
Pulau Pinang sudah dijelajah, Perlis telah diteroka dan Kedah juga sudah
dikenali; ditambah dengan kami anak beranak mempunyai pasport antarabangsa maka
kali ini kami menyeberang sempadan Utara.
Turut serta
Ijan, Puteri dan Kak Mah. Perjalanan dirancang teliti, dengan pasport semua
dibawa selain Ijan dan Kak Mah yang membuat pas sempadan. Semuanya di urus di
Changlun, bermula dengan cukai jalan Thailand dan juga ‘booking’ hotel Grand
Plaza di Hatyai.
Tuesday, 22 May 2012
Antara Kerjaya, Pelajaran, Isteri, Ibu & Anak...
LELAH... masa
pantas berlalu tanpa sekelumit pun bersimpati padaku namun aku tidak pernah
mengalah atau bersifat pasrah atas apa saja yang terbentang di depanku. Aku ada
cita-cita, aku punya cinta dan aku mahu merasai bagaimana nikmatnya berjaya.
Walaupun aku acapkali dihidangkan dengan tugasan yang dianggap penting di
pejabat tetapi aku tidak pernah mahu menolaknya malah aku anggap ia sebagai
cabaran.
Namun demikian aku
perlu berdepan dengan status sebagai pelajar yang masih belum lengkap ekoran
tesis yang terbengkalai.... Lebih rumit apabila pembentangan tajuk tesis perlu
dilakukan sejurus Hari UMNO ke-66 selesai yang mana aku masih lagi tidak ada
persediaan untuk proposal. Tekad di dada tersemat rapi bahawa aku akan pastikan
apa yang aku mulakan akan lunas dengan sempurna sebagaimana aku memilih untuk
belajar ke peringkat sarjana, jadi aku mesti genggam ijazah sarjana tersebut,
walaupun lambat tetapi tetap akan dapat kerana perkiraan aku untuk tahun ini sudah
tidak sempat....
Friday, 11 May 2012
Pengalaman Bersama Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2012
Dalam sambutan
Hari UMNO ke-66 kali ini, aku sekali dipertanggungjawabkan untuk melunaskan
kerja bagi Tokoh Melayu Terbilang kali ini. Seorang penerima lelaki dan seorang
penerima wanita. Dengan ruang waktu yang amat terhad, aku bersama kru
melibatkan seorang juruvideo dan seorang jurukamera yang profesional
melaksanakan amanah tanpa banyak persoalan. Bayangkanlah, nama penerima diberikan
pada 7 Mei sedang tarikh untuk wawancara eksklusif yang diatur adalah pada 8
Mei disebelah petang walhal video klip keseluruhan perlu sempurna pada 10 Mei
dengan bahan yang ada juga amat terhad.
Tokoh lelaki
ialah Tan Sri Arsyad Ayub, nama yang gemilang tetapi baru aku kenali lantaran
selama ini tenggelam dalam dunia akademik dan perkhidmatan awam sedangkan
beliau telah tersohor sebagai pelopor kepada penubuhan UiTM dan
memperkasakannya.
Thursday, 3 May 2012
PM Kebangganku
Suatu kesempatan
yang tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa aku akan mengadakan wawancara
khusus bersama Ketua Negara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak. Walaupun aku bergelar wartawan dan telah acapkali menghadiri sidang
media pemimpin tertinggi negara termasuk PM sendiri tetapi interbiu khas dengan
masa selama 40 minit adalah sesuatu yang amat istimewa. Bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Sri Perdana maka semuanya mula berlangsung....
Walaupun ini bukan
pertama kali dengan golongan atasan sebagaimana PM tapi biasanya, hanya rakaman
pendek dalam 4-5 minit sahaja namun kali ini ruang yang diberikan terlalu bermakna.
Lebih istimewa apabila ia adalah rakaman khas sempena ulang tahun UMNO yang
ke-66; eksklusif hanya untuk kami dan kemudiannya akan diberikan terus kepada
semua media massa di seluruh negara.
Wednesday, 25 April 2012
Menabur Nada Kecewa
singgah sebentar, tanpa kata ... ada nada kecewa meresap kalbu, ingin diluah tapi tersimpan cuma.... Membeku dalam kalbu menjadi kaku...aduh....peritnya...
Saturday, 17 March 2012
Hari Keluarga UMNO Putrajaya 2012
Atas tuntutan tugasan, aku berkunjung ke Hari Keluarga
UMNO Putrajaya 2012 yang berlangsung di Stadium Pancarona, Presint 18 di sini.
Lantaran enggan keseorangan, aku bawa Amira bersama. Sikap Amira bersahaja, spontan dan
tidak mengendahkan keadaan sekeliling apatah lagi apabila bersama Datuk Seri
Utama Tengku Adnan Tengku Mansor. Namun demikian, aku tidak berada lama di
situ, lantas seusai sahaja tugas kami bergegas pulang tanpa menunggu semua
acara berakhir.
Friday, 13 January 2012
African National Congress – KL – Doha – Afrika Selatan
Kepercayaan yang terlalu besar
diberikan padaku apabila dipilih untuk menyertai delegasi UMNO ke Kongres
Nasional Afrika ke-100 tahun di Bloemfontein, Afrika Selatan. Bumi asing yang
tidak pernah aku mimpi untuk dikunjungi.
Tarikh 5 Januari hinggalah ke 10 Januari, perjalanan yang aku rasakan amat
jauh. Bermula di KL, terus ke Doha dengan tempoh dalam pesawat selama 8 jam,
kemudian transit selama 12 jam dan disambung semula ke Johannesburg 8 jam
sebelum perjalanan 45 minit ke bandar Bloemfontein.
Friday, 6 January 2012
Anak Mula Alam Persekolahan....
Tahun Baru 2012 ada kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Pertama
kali Amira akan menjejakkan kaki bersekolah di Sek . Ren. Keb Bandar Kinrara 1.
Debaran aku mengalahkan Amira yang nampaknya sangat bersahaja dan ceria
menjelang alam persekolahan.
Mujurlah urusan berkaitan persediaan persekolahan Amira telah dibuat awal,
bermula dari kelengkapan pakaian dan keperluan peralatan sehinggalah kepada
pengangkutan dan barangan berkaitan. Dalam masa yang sama, Ameer juga bergitu
bersemangat untuk bersekolah. Biarpun pada perancangan awal Ameer hanya akan
dihantar ke Smart Reader Kids tahun depan tetapi ia berubah lantaran semangat
mahu bersekolah yang ditunjukkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)