LELAH... masa
pantas berlalu tanpa sekelumit pun bersimpati padaku namun aku tidak pernah
mengalah atau bersifat pasrah atas apa saja yang terbentang di depanku. Aku ada
cita-cita, aku punya cinta dan aku mahu merasai bagaimana nikmatnya berjaya.
Walaupun aku acapkali dihidangkan dengan tugasan yang dianggap penting di
pejabat tetapi aku tidak pernah mahu menolaknya malah aku anggap ia sebagai
cabaran.
Namun demikian aku
perlu berdepan dengan status sebagai pelajar yang masih belum lengkap ekoran
tesis yang terbengkalai.... Lebih rumit apabila pembentangan tajuk tesis perlu
dilakukan sejurus Hari UMNO ke-66 selesai yang mana aku masih lagi tidak ada
persediaan untuk proposal. Tekad di dada tersemat rapi bahawa aku akan pastikan
apa yang aku mulakan akan lunas dengan sempurna sebagaimana aku memilih untuk
belajar ke peringkat sarjana, jadi aku mesti genggam ijazah sarjana tersebut,
walaupun lambat tetapi tetap akan dapat kerana perkiraan aku untuk tahun ini sudah
tidak sempat....
Dalam aku berkejar
dengan tugasan pejabat, aku terpaksa balik lebih lewat dari biasa untuk
tuntutan proposal tesis, namun dalam masa yang sama aku tidak mahu ketinggalan
untuk masa belajar bersama Amira dan Ameer di rumah, apatah lagi minggu ini
adalah minggu peperiksaan buat Amira. Betapa letih pun aku, tidak mungkin
pelajaran anak-anak diketepikan demi impian sendiri...
Untuk tesis aku
perlu adakan beberapa perbincangan dengan penyelia, Dr. Saleeh Rahamad yang
memang aku ketahui amat sibuk, apatah lagi beliau menjawat Ketua PENA selain
menjadi panel, pembentang dan penilai pelbagai karya sastera dan penulisan.
Sedari penghujung bulan April hinggalah ke tarikh menghampiri pembentangan
proposal aku gagal mengadakan bertemunya hingga akhirnya aku menyusul Dr.
Saleeh di Klana Resort, Seremban pada 19 Mei (Sabtu) lalu. Itu pun aku mencuri
masa rehatnya di tengah hari lantaran beliau terlibat dengan kursus bersama Utusan
Publication. Alhamdulillah lunas juga apa yang diidamkan dan perbincangan
berlangsung lancar.
Walaupun hujung
minggu namun ruang yang ada amat terhad, sebagaimana rutin hujung minggu, aku
pulang ke Gombak untuk memeriahkan suasana dan bersama-sama bapa yang semakin
uzur. Malam itu sehingga ke dinihari aku berjaga demi untuk proposal tesis yang
aku akan bentangkan pada 21 Mei dan tarikh 20 Mei (Ahad) aku habiskan masa
lebih lima jam di perpustakaan UM.
Dalam keadaan
tersebut, insan yang amat aku hargai adalah Mr. Hubby yang amat ‘sporting’.
Biarpun dia tidak membantu sebarang bahan untuk proposal atau kerjaya tetapi ‘restu’
dan keizinannya memudahkan perjalanan sepanjang berkejar dalam ruang yang amat
terhad. Sungguh, jika tanpa ‘kebenarannya’ sebagai suami yang mempunyai kuasa
100% ke atas diriku maka tentulah aku tidak akan dapat melaksanakan semua
urusan yang rumit dengan lancar dan selesa. Alhamdulillah....
Hasilnya, kerja di
pejabat lancar, hubungan sesama rakan tiada masalah, pembentangan tajuk tesis
berjaya, anak-anak dapat diuruskan sempurna dan kehidupan berlangsung dengan
tanpa bermasalah....
Penyelia yg 'sporting' & banyak idea - Dr Saleeh Rahamad
Medan Ilmu, mengimpi menggengam sarjana di sini
Tempat berteleku tanpa sedar masa berlalu
No comments:
Post a Comment