Hati... ada rasa nyilu di situ. Rasa mencucuk tajam menikam yang amat memilukan. Benar... rasa syahdu dimana-mana sekarang ini. Betapa kekuatan dan ketabahan amat diperlukan kala hati yang sekelumit ini diselimuti duka yang lara berpanjangan. Kekecewaan yang terlalu amat atas pelbagai perkara yang berlaku mengundang rasa yang pelbagai. Istigfar mohon diberikan sejuta kekuatan atas setitis kepayahan yang dikirimkan Ilahi sedangkan masih melaut nikmat menghampar yang ada di depan mata.

