Sunday, 20 January 2019

Sayu... ada kepayahan menyapa...

Hati... ada rasa nyilu di situ. Rasa mencucuk tajam menikam yang amat memilukan. Benar... rasa syahdu dimana-mana sekarang ini. Betapa kekuatan dan ketabahan amat diperlukan kala hati yang sekelumit ini diselimuti duka yang lara berpanjangan. Kekecewaan yang terlalu amat atas pelbagai perkara yang berlaku mengundang rasa yang pelbagai. Istigfar mohon diberikan sejuta kekuatan atas setitis kepayahan yang dikirimkan Ilahi sedangkan masih melaut nikmat menghampar yang ada di depan mata.

Ya... kepayahan adalah ujian...
kesakitan adalah rahmat...
kesusahan adalah alamat
Ini semua adalah pesanan
Jangan alpa... jangan leka
Kesenangan tidak selamanya indah
kehebatan bukanlah dianggap mudah

Benar... dalam kesusahan lihatlah mereka yang lebih melarat
dalam kesakitan pandanglah mereka yang lebih uzur
dalam kegelisahan tataplah mereka yang lebih kehilangan
kerana di situ terselindung satu penawar
akan terawatlah kedukaan
akan terpancar kebahagiaan
mohon kesyukuran agar tidak timbul kekufuran
Rezeki Allah SWT atas segalanya,
Rasa gembira suka duka sayu sepi rindu adalah anugerah
dikurniakan agar ada kehidupan yang pelbagai warna.

Mohon... duhai hatiku
lihatlah sekeliling... ada semuanya yang terserah di tangan untuk menghadapi
Kegagalan akan mengundang rawan
Terserahlah untuk menzahirkan yang terpendam
Kerana diri tetap juga perlu menghadapi
tabahlah... sabarlah... redhalah...
namun jangan henti berdoa
Allahuakhbar

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers