Wednesday, 20 February 2013

Hebatnya Khasiat Kurma

Membaca tulisan berkaitan kurma memang aku tak nafikan betapa tinggi khasiatnya malah ia menjadi makan rutin harian aku setelah melalui pengalaman yang amat menyakitkan belasan tahun lalu. Lantaran gagal menjaga pemakanan dan tidak teratur dalam pengurusan masa maka aku diserang gastrik yang teruk. Sakitnya amat terasa lantas aku terbaca petua yang mudah iaitu merendamkan kurma dalam susu panas dan ia dijadikan amalan. Alhamdulillah aku sembuh dari kesakitan terbabit dan tidak pernah berulang hingga ke hari ini.


Lebih dari itu, aku jadikan kurma sebagai amalan harian menggantikan pil vitamin sebagaimana dilakukan oleh segelintir mereka yang cintakan kesihatan. Malah ketika kehamilan dari anak yang sulung hinggalah yang ketiga, amalan ini berterusan dan alhamdulillah juga kerana sepanjang kehamilan terbabit aku tidak pernah mengalami kesukaran, keletihan atau diserang demam selsema. Sepanjang sembilan bulan hamil aku dapat melaksanakan tugas harian dengan lancar dan adakalanya aku turut keluar daerah dan turun padang untuk aktiviti-aktiviti tertentu.

Marilah kita baca artikel yang dipetik dari blog zakikhan.net

Rasullah SAW bersabda: Berbukalah dengan kurma kerana ia bersih suci (Riwayat Ahmad)

Apa yang ada dalam kurma (100g), 4 biji?
Kalori – 264 kalori
Karbohidrat – 75g 
Serat – 8g Gula – 63g 
Protein 2g 
Lemak – 0.39 mg 
Lemak Tepu – 0.032 mg 
Lemak Mono – 0.036 mg 
Lemak Poli – 0.019 mg 
Sodium – 2g 
Vitamin A – 10 IU 
Vitamin C – 0.4 mg 
Vitamin E – 0.05 mg 
Vitamin K – 2.7 mcg 
Thiamin – 0.052 mg 
Riboflavin – 0.066 mg 
Niacin – 1.274 mg 
Vitamin B6 – 0.165 mg 
Vitamin B12 – 0 mcg 
Folate – 19 mcg 
Pantothenic Acid – 0.589 mcg 
Calcium – 39 mg Iron – 1.02 mg 
Magnesium – 43 mg 
Phosphorus – 62 mg 
Potassium – 656 mg 
Sodium – 2 mg 
Zinc – 0.29 mg 
Copper – 0.206 mg 
Manganese – 0.262 mg 
Selenium – 3 mcg

- Kurma jika direbus dengan susu, boleh dijadikan minuman yang berkhasiat yang kaya dengan pelbagai nutrisi.
 Kandungan nicotinic menjadikan elok untuk mengubati gangguan usus.
- Pengambilan kurma secara kerap didapati membantu pembiakan bakteria baik di dalam usus.
- Kurma juga berkesan untuk mereka dengan masalah sembelit.
- Kurma berkesan untuk menghilangkan kesan mabuk arak.
- Kajian juga menunjukkan kurma yang direndam semalaman dan dihancurkan baik untuk mereka yang ada masalah di hati.
- Kurma juga dilihatkan sebagai tonik yang meningkatkan stamina seksual dan juga membantu mereka yang mandul.
- Kurma juga didapati berkesan mencegah kanser perut.
- Kurma juga membantu menurunkan kolestrol dan tekanan darah.
- Pengambilan kurma juga mencegah masalah neurologikal.
- Kurma juga dikatakan meningkatkan imunisasi badan.
- Kurma memiliki protein yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buah yang lain. Ia ada 23 jenis asid amino.
- Kurma kaya dengan asid glutamic. Asid glutamic penting untuk neurotransmitter yang mana mencetus kepelbagaian tindakbalas metabolik menjadikannya sangat sesuai untuk kebanyakan atlet.

Apa kelebihan kurma?
- Kurma mudah dicerna, jadi ia boleh digunakan untuk membekalkan tenaga segera.

Antara kajian yang menunjukkan kurma sebagai buah terbaik di dunia


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers