Sunday, 10 February 2013

Husin, Moon & Jin Pakai Toncit



Cuti Tahun Baru Cina Mr. Hubby tutup kedai dan dipelawanya kami menonton wayang ‘Husin, Moon & Jin Pakai Toncit’. Memang Mr. Hubby peminat cerita Mamat Khalid sebagaimana ‘Zombi Kampung Pisang’ dan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ yang turut berkait. Paling teruja tentulah anak-anak. Perancangan dibuat dengan aku telah memastikan masa tontonan di Alamanda. Kami membeli tiket seawal pukul 11.00 pagi untuk menonton pukul 12.10 tengahari. Pilihan yang ada tempat duduk di barisan ketiga hadapan kerana semuanya dah penuh.


Secara keseluruhan cerita ini adalah karya parodi yang kaya dengan sindiran tajam. Biarpun ia melucukan namun tersirat di dalamnya paparan kehidupan masyarakat Melayu yang penuh kepincangan. Namun, mampukah khalayak memahaminya atau sekadar menonton, ketawa dan apabila keluar dari panggung melupakan apa yang berlaku. Biarpun paparan plot kurang kemas dan terdapat beberapan kecacatan tetapi realiti dalam kehidupan amat rumit mencari kesempurnaan. Apapun ia menarik tetapi bagi penonton yang tidak mengikuti ‘Zombi Kampung Pisang’ dan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ maka tentunya akan gagal memahami kandungan keseluruhan. Daripada 10 markah, aku berikan 7 kerana aku percaya nilai seni terlalu abstrak untuk diberikan pengertian tetapi untuk tontotan awam ia memuaskan.  









No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers