Cuti hujung
minggu diisi dengan aktiviti kreatif yang sememangnya anak-anak suka. Amira dah
lama minta realitikan aktiviti dalam buku ‘Reka Cipta’ yang dibelinya di
sekolah. Janjiku saban hari tunggu hujung minggu dan ia dapat direalisasikan
bersama Angah, Ameer dan Nina yang lebih banyak bertanya.
Ruang dan peluang
diberikan sepenuhnya pada mereka untuk bermain dengan warna air, malah
gunakanlah apa saja yang ada di sekeliling untuk dijadikan bahan kreatif. Batu,
daun, tisu dan bahan terbuang jadi pilihan untuk diwarnakan. Hasilnya tidaklah
seindah mana tapi nilai kebersamaan dan kualiti masa diluangkan amat tinggi,
itu sudah memadai....
|
Dua beradik yang sentiasa 'panas' |
|
Angah terpaksa melayan kerenah dua beradik ni... |
|
Karya Nina... |
|
Lagak seorang karyawan... |
|
Senyumlah walau berhati batu... |
|
Hasilnya... |
No comments:
Post a Comment