Thursday, 17 October 2013

Menu Kulit Lembu

Hari Raya Korban maka sembelihan lembu dilaksana. Sebelum ini aku hanya mendengar menu kulit lembu namun kali ini berkesempatan melihat sendiri proses pembersihan. Abang Bullah memang gemar dengan makanan eksotik malah saban tahun ada saja yang dibuatnya. Berkunjung ke rumahnya tahun lalu abang Bullah sibuk dengan kaki lembu dan kali ini sibuk pula dengan kulit lembu. Pernah juga dengan perut lembu dan entah apa-apa lagi. Memang sedari kecil abang Bullah tidak cerewet tentang makanan, apa sahaja terhidang dia akan makan. Jauh berbeza jika dibanding dengan abang Hakim yang sedari kecil amat memilih soal ikan dan dewasanya langsung tak makan ikan pula. Aku... belasah saja apa yang ada.


Kata abang Bullah, resepi kulit lembu ini adalah kebiasaan bagi orang minang. Biasanya masak lemak kuning tapi ada juga yang buat sup. Rasanya kenyal. Kulit lembu boleh juga dijadikan keropok, bila digoreng ia akan kembang dan rasanya amat lemak. Aku pernah merasanya di rumah Umik...tukang urut yang berbangsa madura.
kulit lembu yang sudah siap di lapah, dipotong
Bakar...proses ini tak lama pun
kikis kulit lembu... 
dah siap...boleh potong-potong dan sedia untuk dimasak
dah masak...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers