Thursday 10 September 2020

Kewartawanan... Etika Dan Ideologi Jadi Pegangan

Aku 'turun padang' lagi... tentunya bagi insan yang bergelumang dengan dunia kewartawanan 'turun padang' adalah sesuatu yang amat bermakna. Duduk di pejabat dan mendepani komputer sepenuh masa dengan menulis atau menyunting berita bukanlah tidak menarik, tapi 'turun padang' itu memberi satu kepuasan pada mana-mana individu yang bertugas dalam dunia penerbitan. 

Kali ini tempoh 'turun padang' aku agak lama... tiga minggu iaitu satu waktu yang sudah lama aku tak lakukan, meninggalkan keluarga dan anak-anak untuk ruang masa yang panjang sudah lama tidak aku laksanakan. Kali terakhir rasanya sekitar enam atau tujuh tahun lalu. Perasaan... tentunya teruja namun ada juga rasa risau... barangkali keadaan sudah tidak sama ditambah pula dengan 'team' yang aku jarang sertai. Apapun... sebagai wartawan sikap profesional adalah kemestian. Hal-hal peribadi menjadi agenda kedua kerana yang pertama adalah tugasan mesti selesai. 

Thursday 3 September 2020

Petua Tanaman Subur Menghijau… Penggalak Pokok

Pastinya setiap pencinta tanaman mengimpikan pokok-pokok yang ditanam hidup subur dan menghijau. Tanaman segar bukan sahaja memberi kepuasan pada si penanam tetapi ia juga adalah terapi paling bermakna kepada mata dan minda yang tidak akan dapat digambarkan dengan kata-kata.

Hobi bercucuk-tanam – tak kisahlah sama ada tanaman sayuran atau bunga-bungaan sebagai penghias landskap kawasan sekitar rumah – semua penanam mahukan pokok-pokok hidup dengan subur dan segar, menghiasi ruang dan setiap sudut yang ada lantas dapat menyejukkan kawasan sekitar. 

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers