Hobi bercucuk-tanam – tak kisahlah sama ada tanaman sayuran atau bunga-bungaan sebagai penghias landskap kawasan sekitar rumah – semua penanam mahukan pokok-pokok hidup dengan subur dan segar, menghiasi ruang dan setiap sudut yang ada lantas dapat menyejukkan kawasan sekitar.
Ada caranya untuk memastikan tanaman menghijau subur dan bersemarak. Petua Mr Hubby yang ringan tulang dan cintakan tanaman dikongsikan di sini. Mudah dan paling penting murah… asalkan rajin dilaksana.
Penggalak (Booster) tanaman
Bahan-bahan: 1 botol yakult dan 2 biji telur
Cara: Campurkan
yakult dan telur sebati. Peram selama 3 hari.
Penggunaan: Campurkan 5 liter air dengan 2 sudu booster Yakult + telur. Pokok berbuah dan berbunga siram pada bhgn akar. Bagi pokok berdaun. Hanya perlu siram pada daunnya untuk mendapatkan daun yang cantik. Hasil dapat dilihat selepas sebulan. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan
*Seminggu sekali baja AB (cecair).
No comments:
Post a Comment