Saturday, 13 June 2020

Kerana COVID-19... Misi Kemanusiaan #RumahBonda

Program selama dua hari ini adalah khusus untuk misi bantuan ke Sabah dan Sarawak dengan menyediakan 1,200 kotak barangan keperluan harian seperti beras, minyak, gula, kicap, teh, kopi, tepung dan pelbagai lagi untuk diagihkan kepada mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19. 
Ada WthatApps dari Filza mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai misi sukarelawan untuk bantuan kepada mangsa pandemik COVID-19. Terus teringatkan anak-anak... Amira, Puteri dan Achik yang bersahaja berada di rumah, lalu aku bertanyakan kepada mereka. Amboiii... terujanya nak join program sukarelawan kerana sebelum ini mereka tak pernah terlibat dalam apa-apa kerja amal sedemikian. 

Hanya melalui Filza, aku mendapat beberapa maklumat...  Projek Kemanusian: Box of Happiness (COVID 19 Pandemic Emergency Supply) yang dilaksanakan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah kendalian 'Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda'. 

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda ini akan membawa sumbangan yang ditaja oleh Baladna Food Industry, Qatar ini ke Sabah pada 16 Jun manakala Sarawak pula pada 19 Jun depan. 
Ya, penularan COVID-19 yang menghentikan hampir semua aktiviti harian manusia memberi satu normal baharu, ekonomi negara merudum, perbelanjaan rakyat terjejas, kehidupan terhimpit dan macam-macam lagi kesan yang amat besar kepada semua.  

Sememangnya Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda yang diasaskan oleh Siti Bainun ini bukanlah asing dalam kerja-kerja amal dengan keutamaan kepada bantuan kemanusiaan, apatah lagi usaha berterusan bagi memastikan setiap individu mendapat peluang yang sama, menikmati kesejahteraan, keamanan dan berkongsi setiap rezeki yang ada. 
Bonda Siti Bainun

Bagi Siti Bainun yang lebih mesra dengan panggilan bonda dikalangan rakan-rakan dan sukarelawan, tentunya ruang yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan semua pihak terbela. Beliau yang memiliki enam anak angkat yang diasuh bagai anak sendiri turun padang dengan menyelia sendiri pelbagai perkara agar perancangan yang dibuat berlangsung lancar. 

Syabas dan tahniah Bonda Bainun... semoga terus cekal dan kuat dalam memastikan setiap insan terbela walaupun telah teraniaya. Hanya Allah dapat membalasnya. 

Rumah Bonda yang ditubuhkan oleh Siti Bainun sendiri fokus kepada golongan remaja di bawah usia 25 tahun iaitu: 

Wanita hamil tanpa suami;
Wanita hamil tanpa kerelaan;
Golongan remaja bermasalah yang memerlukan perlindungan sementara.

BANTUAN SEPERTI :-
Pertolongan kerohanian kepada penghuni daripada pelbagai pihak (penjaga, agensi).
Penghuni mendapat kemudahan pemeriksaan dan rawatan di klinik dan hospital yang bekerjasama dengan Rumah Bonda.
Penghuni dapat melahirkan bayi dengan selamat di Hospital Kerajaan
Penghuni memperolehi skill terpilih dan motivasi secukupnya untuk pembentukan jatidiri berdasarkan peluang dan tempoh berada di rumah
Penghuni dapat memulakan hidup baru (kembali bekerja atau pulang ke pangkuan keluarga)

KAMI BANTU URUSKAN
Makanan dan minuman harian
Urusan bersalin
Tanam uri
Cukur jambul
Sunat
Suntikan bayi
Keperluan pakaian ibu dan bayi
Urutan selepas bersalin
Penjagaan sehingga 100hari berpantang
Urusan klinik kesihatan dan hospital
Urusan pendaftaran buku pink
Pendaftaran kelahiran di JPN

Sebarang info atau pertanyaan sila layari laman media rasmi Facebook Rumah Bonda :


Add caption


3 comments:

Ainan said...

Thank you sebab volunteer untuk program ini!! - Ainan

Ainan said...

Thank you sebab volunteer untuk program ini!! - Ainan

airikamalek said...

Terima kasih beri kami pengalaman.
InsyaAllah.... lain kali kami join lagi yer

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers