Monday, 7 January 2019

Selamat Hari Lahir ke-14 Amira


Nur Amira Farhana Binti Abdul Malik

Buah hati keluarga…
Jadilah seperti lebah, matanya hanya nampak bunga-bunga yang cantik untuk dihinggapi, lantas menghasilkan madu yang manis untuk orang lain 
bukan
jadi seperti lalat yang matanya hanya mencari kekotoran untuk didekati lantas menyebarkan penyakit yang akan merosakkan kesejahteraan.
Jangan hanya kerana satu kelemahan, kekurangan dan keburukan maka kita sampingkan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
Lihatlah, selaut kenikmatan yang Allah SWT hamparkan dengan hanya ada sekelumit kekurangan untuk dijadikan peringatan….
Teruskan usaha, berjuang dan berjihad, letakkan agama di tempat utama, abah dan mama pendamping setia dengan ikatan adik-beradik sentiasa dijaga.
Semoga sentiasa sejahtera dan dilimpahi hidayah dari-Nya, dari dunia hingga ke akhirat.

Selamat Hari Lahir yang ke-14.


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers