Friday, 11 May 2012

Pengalaman Bersama Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2012

Dalam sambutan Hari UMNO ke-66 kali ini, aku sekali dipertanggungjawabkan untuk melunaskan kerja bagi Tokoh Melayu Terbilang kali ini. Seorang penerima lelaki dan seorang penerima wanita. Dengan ruang waktu yang amat terhad, aku bersama kru melibatkan seorang juruvideo dan seorang jurukamera yang profesional melaksanakan amanah tanpa banyak persoalan. Bayangkanlah, nama penerima diberikan pada 7 Mei sedang tarikh untuk wawancara eksklusif yang diatur adalah pada 8 Mei disebelah petang walhal video klip keseluruhan perlu sempurna pada 10 Mei dengan bahan yang ada juga amat terhad.

Tokoh lelaki ialah Tan Sri Arsyad Ayub, nama yang gemilang tetapi baru aku kenali lantaran selama ini tenggelam dalam dunia akademik dan perkhidmatan awam sedangkan beliau telah tersohor sebagai pelopor kepada penubuhan UiTM dan memperkasakannya.


Alhamdulillah, keramahan beliau tidak menunjukkan keterbilangannya kerana beliau lebih bersifat kebapaan yang bercerita tentang masa lalu sehinggakan pernah menjadi pengayuh beca di usia muda lantaran kesempitan dalam kehidupan. Dirinya aku kagumi. Pesannya paling aku ingat, Melayu jangan lupakan kulit dan rebutlah semua peluang yang ada depan mata untuk ubah cara hidup kita. Inilah Melayu kebanggaanku yang tidak luntur dengan tatasusila dan kemesraan biarpun telah tersohor diseantero antarabangsa.

Namun demikian, keterujaanku lebih terasa untuk menemui penerima Tokoh Wanita Melayu Terbilang, Khalidah Adibah Amin yang amat aku ‘mesra’ dalam dunia sastera sebagai Adibah Amin. Benar, buku-bukunya sebati dalam pembacaanku malah dalam Pesta Buku baru-baru ini aku kembali membeli koleksi terbitan semula novel ‘Seroja Masih Di Kolam’ yang pernah aku baca semasa aku di alam persekolahan belasan tahun lalu. Jika dibandingkan dengan novel sastera hari ini memang jauh berbeza kerana ‘Seroja Masih Di Kolam’ penuh dengan permainan bahasa yang melambangkang jati di kemelayuan itu sendiri. Inilah karya hasil anak tokoh nasionalisme Tanah Melayu ‘Ibu Zain’.

Namun demikian, kesihatan Adibah Amin amat uzur dan tidak mampu berjalan sempurna ekoran strok yang pernah menyerangnya beberapa tahun lalu. Perbualan juga amat terbatas tetapi dengan pengalaman yang dalam dalam kru, alhamdulillah segalanya dapat dilunaskan.

Apa yang pasti ‘citation’ kedua-dua tokoh disiapkan selain gambar penglibatan mereka dicari. ‘Voice over’ dibuat dengan penglibatan dari juruhebah veteran Tuan Haji Ngasri Sain. Alhamdulillah semuanya lancar dan hasilnya juga memuaskan pihak atasan.

Apa pun, aku gembira dengan tugasan ini kerana ia memberi peluang padaku bertemu dengan tokoh-tokoh hebat biarpun aku berdepan dengan kekangan masa dan batasan bahan yang amat terhad. Terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan pada ku jua....



 
  

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers