Walaupun ini bukan
pertama kali dengan golongan atasan sebagaimana PM tapi biasanya, hanya rakaman
pendek dalam 4-5 minit sahaja namun kali ini ruang yang diberikan terlalu bermakna.
Lebih istimewa apabila ia adalah rakaman khas sempena ulang tahun UMNO yang
ke-66; eksklusif hanya untuk kami dan kemudiannya akan diberikan terus kepada
semua media massa di seluruh negara.
Jika diukur
kemampuan diri, rasanya aku belum layak sampai ke tahap tersebut.... Sejujurnya, aku tidak bersedia untuk berdepan
dan ‘live’ bersama PM, apatah lagi bergandingan dengan SUB Media, Kamal Zailani
sedangkan pada perancangan awal PSU2 akan bersama malangnya ia tidak menjadi
kenyataan lantaran tuntutan kerja khusus yang mendesak bersama Naib Presiden
ketika itu, masa amat terbatas.
‘Mood’ aku ketika
itu tidak menentu tetapi sebagaimana kata-kata perangsang yang sering diguna ‘redah
jer – masa sukar akan berlalu’ maka aku laksanakan dengan sepenuh tanggungjawab
atas tugas yang terpikul dibahuku.
Alhamdulillah...,
semuanya berjalan lancar walaupun pada awalnya kelihatan amat kaku tetapi PM
amat ‘steady’, ‘sempoi’ dan bersahaja yang menjadikan aku mudah untuk
berkomunikasi dan bertanyakan soalan-solan secara spontan; tanpa perancangan ia
berlangsung dgn baik dalam kolaborasi antara aku dengan SUB Media.
Inilah PM Malaysia,
dalam bangga dapat ‘live’ bersamanya hati aku berbunga riang dengan apa yang
berlaku. TQVM pada kru yang menjayakannya....
No comments:
Post a Comment