Sejak dua minggu
lalu tahap kesihatan aku menurun. Bermula dari demam, selsema dan batuk yang
berpanjangan. Sangat tidak menyelesakan. Aku ambil MC sehari dan sepanjang hari itu aku rehat sepenuhnya dengan tidur yang panjang. Demam kebah tetapi batuk
dan selsema berlarutan. Jika diingat-ingat sudah amat lama aku tidak merasai
sakit sedemikian sehinggakan tidur malamku pun terganggau dengan batuk
berkahak. Peritnya....
Klinik pula,
sudah tiga kali aku kunjungi, hingga akhirnya doktor yang merawatku turut
membekalkan ubat asma dan beberapa ubat lain yang lebih ‘kuat’ kerana katanya
kahak terlalu banyak dalam paru-paru aku.
Alhamdulillah.
Aku insafi diri, cuba muhasabah apa yang berlaku di sekelilingku dengan apa
yang aku lakukan sepanjang usia aku melewati 35 tahun ini. Baru sedikit yang
Allah SWT uji ke atasku, tetapi rasa perit amat terasa apatah lagi untuk
bernafas apabila batuk berlarutan datang. Dalam ketika ini aku cuba menyelami
bagaimana keadaan rakan-rakan dan saudaraku yang lain yang sering bergelut
dengan kesakitan. Tak lupa juga dengan penderitaan abang Cici....
Aku pernah
terbaca, sakit itu adalah tanda kasihnya Allah pada hamba-hambanya, kerana pada
kesakitan itulah ingatan lebih kukuh pada-Nya. Kesakitan memberikan kesedaran
pada diri bahawa ada insan lain yang lebih sakit dari kita dan kita perlulah
sentiasa menghargai kesihatan dan kesejahteraan yang Allah kurniakan.
Menghargai kesihatan dengan mengelakkan pelbagai kemudaratan yang akan
membinasan diri sama ada dari segi pemakanan, persekitaran yang kotor dan juga
sikap negatif yang juga boleh mengundang penyakit perlu dilakukan.
Insya-Allah....
Pada-MU Ilahi, aku mohon berikanlah kesempurnaan kesejahteraan dan kesihatan agar aku dapat terus berbakti pada keluargaku, anak-anakku, rakan taulan dan saudara mara yang kesusahan untuk meringankan beban mereka....
Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?
Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan
oleh selaput mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran
pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan
daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya
akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke
tekak.
Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana
ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan
trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara
rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk
daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak
menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal
lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna
kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.
Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.
Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala
sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda
bagi masalahsaluran
pernafasan yang kronik.
Namun begitu masalah allergik (alahan) danjangkitan virus adalah punca utama bagi lendir.
Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing
yang kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain, masalah utama
beliau ialah terpaksa berdepan dengan habuk2 kain yang bersaiz kecil
berterbangan di udara tanpa beliau sedari. Seorang guru yang mengajar
murid-muridnya menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi
masalah allergik pada habuk kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan
allergik kepada bau dakwat yang digunakan.
Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan
mencepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan
bendasasing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah
sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang
sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.
Walau bagaimana jika tekak “diserang” dgn hebat, tubuh akan
melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan
menyempit, bagi mengelakkan banda asing ini masuk ke dalam saluran pernafasan.
Ini dinamakan“bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka
bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi
yang nyaring ketika bernafas.
Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh
menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan saluran
pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh
lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.
Lendir yabg terlau lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain
seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam
paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial
pneumonia dan influenza
pneumonia.
Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit
kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus.
Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan oleh jangkitan
kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan
demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di bahagian
otot-ototnya.
Kahak yang melekat
Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya
mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ.
Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari
hidung (nostril) tidak memeleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke
belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik
atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di
tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya
kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic
bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).
Cara mengurangkan lendir
Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan
antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids.
Namun begitu ada beberapa cara yang mudah bagi mengurangkan lendir di tekak
yang boleh dicuba di rumah.
Salah satu cara yang mudah dengan minum air suam seberapa kerap
yang boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya. Cara lain dengan
mencampurkan madu dengan cinnamon (cengkih) dan diminum dengan secamca madu.
Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan
lada putih (pepper).
Walau bagimanapun harus dicari punca (sources) penyebab allergik
di dalam rumah atau di persekitaran rumah anda.
Allergik pada habuk dan cuaca sejuk adalah salah satu sebab
utama bagi mereka yang mempunyai allergi.
sumber: drzubaidi.wordpress.com
No comments:
Post a Comment