Aku berkesempatan
berkunjung ke bumi Jakarta, kota metropolitan yang amat terkenal dengan kesibukan
dan kesesakannya. Bersama para delegasi aku merasai layanan bertaraf VIP, berkenderaan
mewah Alphard siap dengan polis pengiring dan menghuni hotel mewah Four Seasons,
Jakarta.
Aku tidak
mengambil mudah tugasan ke Kota Jakarta ini kerana aku sedar bahawa aku
terpilih atas tanggungjawab yang bukan kecil. Tentunya, selain liputan
pemberitaan pasti aku perlu membuat laporan atas apa yang berlaku sepanjang
kunjungan tersebut. Tentunya ia bukan tugas yang mudah apatah lagi ia
membabitkan urusan bersama dengan partai-partai campuran di Indonesia. Dalam
kecetekan akalku menjangkau situasi politik di Indonesia aku merasai betapa
berbezanya pandangan mereka dengan suasana masyarakat Malaysia. Namun paling
penting, hubungan serumpun dua negara menjadi pengikat, budaya dan agama yang
sama tidak akan dapat memisahkan dua negara bersempadan.
Kota Jakarta, dalam menyusuri laluan dari
lapangan terbang ke tempat penginapan, aku dapat menyelami bagaimana wujudnya
perbezaan dua darjat antara yang kaya dan yang hidup bergelandangan. Sebahagian
aku melihat rumah-rumah mewah sedang dalam kebanyakannya, aku melihat rumah
setinggan, ada di tepi-tepi lebih raya atau paling tidak di bawah jambatan akan
bersusunan kotak-kotak sebagai tempat mereka tinggal mereka.
Biarpun sepanjang
perjalanan diiringi dengan polis pengiring tetapi kenderaan yang membawaku
masih lagi berdepan dengan kesesakan kota Jakarta. Ketika itulah aku melihat kanak-kanak sekitar
usia 5-6 tahun mendekati tingkap kereta menjual barang permainan (agaknya).
Airmataku bergenang, teringat pada anak-anakku di rumah dan bersyukur kerana
kami dikurnikan kehidupan yang indah sedang kanak-kanak itu terus berjalan dalam
kesibukan jalan raya di tengah kota Jakarta bagi mendapatkan upah. Sedang
kanak-kanak seusianya berada di sekolah atau paling tidak akan berada di rumah
tetapi kehidupan di kota ini tidak menjamin keindahan.
Kota Jakarta
terlalu sibuk malah dalam sekitar pukul 10.30 malam pun kesesakannya masih
tidak berkurang. Ini aku rasai apabila delegasi kami keluar dari Hotel Pullman
untuk kembali ke tempat penginapan.
Agenda bersama
delegasi yang amat padat dengan kebanyakan acaranya berlangsung di dalam hotel
saja merencatkan aku untuk meninjau lebih jauh tetapi aku masih dapat
membayangkan bagaimana rumitnya kehidupan masyarakat pertengahan dan golongan
bawahan berdasarkan pandangan mata kasar sepanjang perjalanan. Itu juga sudah
memadai dan amat aku hargai kesempatan ini.
tetiba jadi jutawan... |
Bas yang membawa kami ke jamuan tengahari |
Bersama penyanyi tersohor I'sia Tetti Kadi yg terjun ke dunia politik |
sebahagian rombongan delegasi... |
Lagu yang dinyanyikan oleh Tetty Kadi semasa Majlis Makan Tengahari...
2 comments:
Kak, lagu Tetti Kadi 'Siapa pernah Jatuh Cinta' tu buat saya senyum sampai telinga, ha3...
Ada kenangan ke lagu ni... tp akk pun suka gak lagu ni...
Post a Comment