Thursday, 5 July 2012

Jakarta Oh Jakarta....


Aku berkesempatan berkunjung ke bumi Jakarta, kota metropolitan yang amat terkenal dengan kesibukan dan kesesakannya. Bersama para delegasi aku merasai layanan bertaraf VIP, berkenderaan mewah Alphard siap dengan polis pengiring dan menghuni hotel mewah Four Seasons, Jakarta.

Aku tidak mengambil mudah tugasan ke Kota Jakarta ini kerana aku sedar bahawa aku terpilih atas tanggungjawab yang bukan kecil. Tentunya, selain liputan pemberitaan pasti aku perlu membuat laporan atas apa yang berlaku sepanjang kunjungan tersebut. Tentunya ia bukan tugas yang mudah apatah lagi ia membabitkan urusan bersama dengan partai-partai campuran di Indonesia. Dalam kecetekan akalku menjangkau situasi politik di Indonesia aku merasai betapa berbezanya pandangan mereka dengan suasana masyarakat Malaysia. Namun paling penting, hubungan serumpun dua negara menjadi pengikat, budaya dan agama yang sama tidak akan dapat memisahkan dua negara bersempadan.


Kota Jakarta, dalam menyusuri laluan dari lapangan terbang ke tempat penginapan, aku dapat menyelami bagaimana wujudnya perbezaan dua darjat antara yang kaya dan yang hidup bergelandangan. Sebahagian aku melihat rumah-rumah mewah sedang dalam kebanyakannya, aku melihat rumah setinggan, ada di tepi-tepi lebih raya atau paling tidak di bawah jambatan akan bersusunan kotak-kotak sebagai tempat mereka tinggal mereka.

Biarpun sepanjang perjalanan diiringi dengan polis pengiring tetapi kenderaan yang membawaku masih lagi berdepan dengan kesesakan kota Jakarta.  Ketika itulah aku melihat kanak-kanak sekitar usia 5-6 tahun mendekati tingkap kereta menjual barang permainan (agaknya). Airmataku bergenang, teringat pada anak-anakku di rumah dan bersyukur kerana kami dikurnikan kehidupan yang indah sedang kanak-kanak itu terus berjalan dalam kesibukan jalan raya di tengah kota Jakarta bagi mendapatkan upah. Sedang kanak-kanak seusianya berada di sekolah atau paling tidak akan berada di rumah tetapi kehidupan di kota ini tidak menjamin keindahan.

Kota Jakarta terlalu sibuk malah dalam sekitar pukul 10.30 malam pun kesesakannya masih tidak berkurang. Ini aku rasai apabila delegasi kami keluar dari Hotel Pullman untuk kembali ke tempat penginapan.

Agenda bersama delegasi yang amat padat dengan kebanyakan acaranya berlangsung di dalam hotel saja merencatkan aku untuk meninjau lebih jauh tetapi aku masih dapat membayangkan bagaimana rumitnya kehidupan masyarakat pertengahan dan golongan bawahan berdasarkan pandangan mata kasar sepanjang perjalanan. Itu juga sudah memadai dan amat aku hargai kesempatan ini.  


tetiba jadi jutawan...

Bas yang membawa kami ke jamuan tengahari

Bersama penyanyi tersohor I'sia Tetti Kadi yg terjun ke dunia politik



sebahagian rombongan delegasi...

Lagu yang dinyanyikan oleh Tetty Kadi semasa Majlis Makan Tengahari...


2 comments:

ummiLIN said...

Kak, lagu Tetti Kadi 'Siapa pernah Jatuh Cinta' tu buat saya senyum sampai telinga, ha3...

airikamalek said...

Ada kenangan ke lagu ni... tp akk pun suka gak lagu ni...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers