Sebagai insan yang
inginkan kesempurnaan dengan perjalanan hidup berlangsung lancar, maka tentunya
aku inginkan keredhaan dari-Nya. Namun, aku sedar sebagai seoarng isteri
keredhaan yang aku inginkan hanya akan tercapai dengan restu dari suami kerana
aku memahami, apa jua yang aku lakukan waima impian dan cita-cita tidak akan
tercapai tanpa keizinan dan kerelaan dari suamiku.
Keredhaan Ilahi
adalah atas restu dari suami dan aku sanggup korbankan apa saja (selagi
menepati hukum agama) jika apa yang aku lakukan tidak menyenangkan hati
suamiku. Sungguh, aku mahukan restu dari suamiku dalam apa jua yang dilakukan.
Setulus hati dan seikhlas-ikhlasnya aku turuti apa jua yang dimahukannya, aku
enggan melakukan apa yang tidak disukainya walau mungkin aku terpaksa korbankan
sesuatu yang pernah menceriakan aku suatu dulu.
Aku sedar, yang
lepas adalah kenangan kerana hari ini adalah realiti dan dengan termatrainya
ikatan suami isteri, sepenuh hati aku laksanakan demi suami yang menjadi ketua
dalam keluargaku. Ditambah dengan anak-anak yang semakin membesar, manakan
sanggup aku aku melukakan hati suami yang sentiasa mengutamakan keluarga.
Demi-Mu Ya Allah,
aku rela dan sentiasa ingin melaksanakan seikhlas-ikhlasnya apa jua yang akan
dapat memberi keredhaan padaku. Semoga hati insan yang ada di sekelilingku
dapat sentiasa aku jaga dengan rasa belas dan kasih....
No comments:
Post a Comment