Monday, 24 September 2012

Curi Masa – Genting Highlands


Dalam kesibukan seharian melaksanakan tugas dalam kerjaya, aku dan Mr. Hubby masih dapat ‘mencuri’ masa untuk memenuhi hasrat bercuti dengan anak-anak di taman tema Genting Highlands. Kebetulannya, Angah baru habis praktikal dan akan pulang ke kampung walhal perancangannya untuk ke Genting Highlands bersama rakan-rakannya asyik terbatal saja.

Kali terakhir aku dan Mr. Hubby berkunjung ke sini lebih dari lapan tahun lalu iaitu semasa kami dialam percintaan...cewah. Taman bunga di luar taman tema adalah tempat lepak kami ketika itu apatah lagi perjalanan ke Genting hanya sekitar 30-40 minit saja dari Gombak.


Anak-anak amat teruja dengan percutian yang dibuat tiba-tiba. Keputusan untuk bercuti dimuktamadkan hari Jumaat setelah pasti bahawa aku tidak ada sebarang tugasan pada hujung minggu sementara Mr. Hubby hanya mempunyai masa terluang minggu ini saja.

Kesibukan Mr. Hubby yang saban hari pulang lewat malam malah adakalanya hingga ke awal pagi lantaran urusan perniagaan yang bercambah, dan ini adalah antara sebab untuk kami sekeluarga meluangkan bersama.

Penginapan ditempah di Apartmen Ria, bersebelahan taman tema. Check-in hari Sabtu, dan kami bertolak selepas Amira habis kelas tutorial di Smart Reader. Cuaca di taman peranginan ini cukup sejuk dengan kabus memenuhi setiap ruang. Matahari langsung tidak kelihatan yang menjadikan keadaan di sini ibarat berada di negara beriklim sejuk.

Waktu malam, kami luangkan masa di taman tema dalam tetapi tidak banyak yang menarik dan keesokan harinya, taman tema luar dijelajah sepenuhnya. Anak-anak amat gembira dan mereka juga tidak banyak ragam. Alhamdulillah. 

































No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers