Alhamdulillah, sambutan tahun baru Hijrah 1434 kali ini dapat diraikan bersama sanak-saudara khususnya adik-beradik yang berkumpul bersama-sama. Kebetulannya, masa yang ada digunakan sepenuhnya dengan bacaan surah Yassin dan majlis doa selamat agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dan dirahmati-Nya.
Perancangan asal cuma masak nasi tomato dan laksa serta buah-buahan sebagai pencuci mulut tetapi kemudiannya aku tambah dengan jeli, rojak buah dan koktel buah-buahan serta air soya istimewa (sapa nak boleh order pada Iwan). Namun akhirnya pelbagai juadah terhidang yang pastinya setiap yang datang muncul bersama buah tangan...alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment