Tuesday, 13 November 2012

Cuti Sekolah Bermula


Sesi persekolahan untuk tahun 2012 telah berakhir dan Amira bakal masuk darjah 2 tahun hadapan. Alhamdulillah, pencapaian Amira tidak mengecewakan dan amat memberansangkan. Di SK Bandar Kinrara, biarpun tidak mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga tetapi dia masih berada dalam kelas terbaik dikalangan lapan buah kelas yang ada. Di Kafa Ibu Sina pula lebih menarik kerana Amira mendapat kedudukan terbaik dikalangan rakan-rakannya. Alhamdulillah dan semoga pencapaian ini terus berkekalan.

Permulaan cuti sekolah, anak-anak buahku berkampung di Puncak Jalil. Anak-anak abang Bullah dan abang Hakim ada bersama dan hujung minggu aku laksanakan pengisian ke tempat menarik sekitar Ibu Kota. Kebetulannya cuti Deepavali maka kami berkunjung ke Istana Negara kemudian ke Tugu Negara dan seterusnya ke Taman Tasik Perdana. 
















































No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers