Amira ada
konsert... solo berpiano. Walaupun baru level dua tapi dia ada keyakinan untuk
melaksanakan tugasan, apatah lagi berdepan dengan penonton yang pelbagai kaum
dan peserta yang lebih dewasa. Aku pula yang teruja malah Mr. Hubby pun seakan
kurang percaya dengan kemampuan Amira. Maklumlah, keluarga kami tidak ada
seorang pun yang mempunyai asas dalam muzik tetapi aku yang begitu ghairah
dengan kelas piano ini.
Lepas level dua
ini, Amira akan masuk gred satu yang pastinya lebih mencabar tetapi berdasarkan
asas yang ada, aku yakin ia tidak sukar untuk Amira. Miss Ow yang menjadi
pengajar Amira dan juga empunya Ars Nova Music pun menyatakan bahawa Amira
menunjukkan minat yang sangat baik dalam muzik, mudah menerima dan bijak
melaksana. Dalam tempoh hampir setahun dengan sekali seminggu, Amira dapat
melaksanakan tugasan dengan yakin.
|
Ms. Ow Siew Fong yang sentiasa ramah menyampaikan ucapan aluan... |
|
Peserta cilik, dalam usia 5 tahun mampu memainkan satu lagu |
|
Satu-satunya peserta violin... |
No comments:
Post a Comment