Friday, 6 January 2012

Anak Mula Alam Persekolahan....


Tahun Baru 2012 ada kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Pertama kali Amira akan menjejakkan kaki bersekolah di Sek . Ren. Keb Bandar Kinrara 1. Debaran aku mengalahkan Amira yang nampaknya sangat bersahaja dan ceria menjelang alam persekolahan.

Mujurlah urusan berkaitan persediaan persekolahan Amira telah dibuat awal, bermula dari kelengkapan pakaian dan keperluan peralatan sehinggalah kepada pengangkutan dan barangan berkaitan. Dalam masa yang sama, Ameer juga bergitu bersemangat untuk bersekolah. Biarpun pada perancangan awal Ameer hanya akan dihantar ke Smart Reader Kids tahun depan tetapi ia berubah lantaran semangat mahu bersekolah yang ditunjukkan.

Hari orentasi Amira bersekolah semuanya berjalan lancar apatah lagi Amira telah kembali bersua rakan-rakannya ketika sama-sama membesar di Taman Asuhan Anggur Unggu iaitu Hana dan Balkis.

Pada hari pertama bersekolah juga Amira langsung tidak menunjukkan rasa kekok, biarpun dia ke sekolah menaiki van sekolah. Mujur juga ia adalah van sekolah kelas mengaji yang sudah biasa dinaikinya. Di sebelah pagi sekolah kafa Ibnu Sina dan sesi petang sekolah kebangsaan.

Kebetulannya pada hari yang sama aku bergelumang dengan penjurian Anugerah Kewartawan UMNO sempena Malam Media. Aku berkejar menemui Dr. Azalan Syah di UM, kemudian memandu ke Putrajaya bertemu Dr. Izani dan ke UKM berurusan dengan Dr. Roosfa.

Seterusnya aku berkejar ke sekolah Amira, mencarinya dalam lilau mata risau, namun kemudian aku terus lega melihat Amira bijak berdikari bersama rakan-rakannya. Pada waktu rehat juga Amira sudah bersedia bersama-sama rakan yang telah lama dikenalinya. Alhamdulillah, anakku ini memang matang berbanding dengan usianya sendiri....

dah siap sedia nak ke sekolah...

di sekolah Kafa Ibnu Sina, Taman Puncak Jalil

Beratur sebelum masuk kelas di SRK Bndar Kinrara 1

Amira tak kisah pun dengan mamanya yang sibuk snap sana sini...

berdikari di dalam kelas 


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers