Usia perkahwinan genap 8 tahun... alhamdulillah kerana
sepanjang tempoh ini aku dan Mr. Hubby saling mengenali, bertukar pandangan dan
saling melengkapi lantaran banyak perbezaan antara kami berdua. Semoga ikatan
perkahwinan yang terbina atas sulaman cinta dan kasih dengan restu keluarga
akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Di awal perkahwinan aku amat ghairah dengan sambutan tarikh perkahwinan hinggakan saban bulan aku meraikannya...
Antara catatan Untuk Mr. Hubby:
1. Tarikh: 12 February 2004
Wahai suamiku…
Bersama dirimi menelusuri kehidupan semakin bererti dan sangat membahagiakan. Kedukaan dan kesangsian yang ada selama ini hilang apabila terpatrinya ikatan yang kukuh. Gembira rasa bersamamu, bahagian selalu di sisimu walaupun sesekali tercuit rasa kerana perselisihan yang bertandang. Namun itu semua adalah dugaan yang akan menambahkan lagi persefahaman dalam perhubungan kita.
Ketahuilah abang, sayang sentiasa
rindukan saat-saat bersama, berada dalam pelukanmu, terasa kesyahduan dalam
keromantisan yang amat sangat. Sayu hati apabila abang mengucup dahi sayang.
Bahagianya diri disayangi dan dikasihi oleh seorang lelaki bergelar suami.
Bangga terasa apabila berteman insan yang setia melindungi.
Abang…, sayang mohon maaf andainya
terdapat kesilapan yang sayang lakukan pada abang, terkasar bahasa, tercuit
rasa atau sayang gagal melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Fahamilah
abang bahawa sayang sentiasa mencuba dan ingin menjadi insan abadi di hati
abang, sebahagian dari pelengkap hidup abang dan paling penting menjadi wanita
dan isteri seperti yang abang idam-idamkan.
Terima kasih abang…, menyayangi diri
sayang, melindungi dan memahami sayang…. Semoga kasih sayang dan persefahaman
yang lahir antara kita akan kekal hingga ke akhir hayat.
HAPPY ANNIVERSARY 2nd MONTH.
2. Tarikh: 12 Ogos 2004
Suamiku Tersayang
Suamiku
Jiwa
dan raga kuserahkan padamu
Pada
hari kita diijabkabulkan
Luhur
hatiku menerimamu
Ikhlas
diriku menjadi suri hidupmu
Rela
aku menjadi pendampingmu
Dan
sepenuh kesetiaan akan aku persembahkan untukmu
Tiada
lagi kasih dan sayang yang akan terbelah antara kita
Berpaut
menjadi satu, kukuh dan gagah untuk menerjang
Segala
cabaran alam rumahtangga yang tertulis buat kita
Suamiku
Syahdu
terasa apabila tanganku kau genggam erat
Ketika
upacara batal air sembahyang berlangsung
Tanda
bersatunya kita sebagai suami isteri
Disaksikan
ahli keluarga dan sanak saudara
Sayu
menyelubungi tatkala tanganmu kukucup lembut
Dengan
ikrar di hati untuk tetap bersama denganmu
Dalam
suka dan duka walau derita dan airmata
Rela
aku mengunyah getir pahit kehidupan
Dan
mengecap nikmat manis kebahagiaan
Segalanya
demi menjadi isteri solehah
Laksana
Khadijah kepada Rasulullah s.a.w.
Suamiku
Sewaktu
ubun-ubunku kau sentuh lembut
Bersama
taklikmu untuk melaksanakan amanah Allah
Terasa
tumpah segala kasihmu padaku
Kupanjatkan
kesyukuran kepada ilahi
Menyatukan
kita atas ikatan yang abadi
Bersatu
kita bukan hanya kerana cinta
Tetapi
kerana menegakkan tiang agama
Perintah
Allah, sunnah rasulullah
Padamu
suamiku,
Kupinta
bimbingan serta kasihmu
Berilah
aku kepercayaan sebagaimana dirimu aku percayai
Jadikan
diriku sebagai pelengkap hidupmu
Penyeri
dan penghiburmu setiap waktu
Penawar
racun kedukaan
Pengubat
hati kelukaan
Penghilang
kerunsingan dan kegusaran
Bukan
sekadar isteri semata
Sebaliknya
teman dikala kesyahduan
Sahabat
semasa hiba
Dan
kawan diwaktu sengsara
Suamiku
Belailah
aku dengan kemesraan
Puja
diriku dengan kebahagiaan
Peluk
diriku dengan kemanjaan
Agar
aku sentiasa yakin bahawa kau milikku
Diriku
usah kau persiakan
Kerana
hidupku seluruhnya adalah bersamamu
Unggul
dihati bertakhta abadi
Sesungguhnya…
Aku cinta padamu.
HAPPY
8th month ANNIVERSARY
No comments:
Post a Comment