Sunday, 11 December 2011

Tanah Tinggi Cameron Highlands



Bercuti ke Tanah Tinggi Cameron Highlands. Perancangan secara tiba-tiba, tapi menjadi pula…. Kata Mr. Hubby kesian pada anak-anak yang banyak terperap di rumah biarpun cuti sekolah. Lagi pula biasanya percutian hanya di tepian pantai sahaja. Mujur bapak mudah dipujuk untuk turut serta walaupun pada mulanya enggan. Aku akur bahawa dalam usia tua bapak tentunya dia mahu bersantai dirumah sedangkan bagi aku inilah peluang untuk membawa bapak berjalan-jalan.


Bekalan makanan dibawa, tidak banyak makanan yang perlu dibeli dan perbelanjaan untuk makan juga dihadkan agar konsep ‘percutian bajet’ menjadi, lebih baik berjimat daripada berbelanja makanan yang belum tentu sedapnya. Masak sahaja di rumah dan kebetulannya apartmen yang disewa juga ada kelengkapan untuk memasak.

Kebetulannya cuaca di Cameron amat sejuk, jika sekadar berbaju nipis maka tentunya tidak tertahan. Ditambah pula dengan hujan gerimis halus yang turun mengindahkan suasana, terasa amat romantik pula. Sepanjang berada di Cameron ini tidak ada cahaya matahari yang menyapa kami, dan anak-anak pula mengangankan berada di luar negara. 

Kemudian, dalam perjalanan pulang kami singgah pula berkelah di Lata Kinjang, Tapah... menarik juga sambil buka bekalan makanan...

 






















 








No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers