Suatu ketika dulu aku pernah memasang impian untuk berkarya
dalam penulisan kreatif apatah lagi pengkhususan aku dalam Ijazah Sarjana Muda
adalah Penulisan. Ketika itu menjadi kelaziman bagiku untuk menulis cerpen,
puisi, skrip drama, rencana malah kritikan sastera juga pernah aku cuba. Namun
hari ini aku terkesimpang jauh dari genre asal penulisanku. Biarpun masih juga
menulis sebagaimana ia mencerna minda tetapi motif dan arah haluanku telah
berbeza.
Apabila membaca kembali tulisan-tulisanku yang lalu aku sedar bahawa aku lebih gemar bermain dengan bahasa dan lebih terarah kepada karya berat daripada bentuk popular. Sebagaimana aku pernah menghasilkan sebuah novel bagi memenuhi kursus penulisan tersebut, dengan tajuknya 'Miopia Hati'. Ketika itu jika ada sesiapa yang bertanya maksudnya maka jawabku carilah di dalam kamus kerana aku bersandarkan seluruh perkataan kepada buku tebal Kamus Dewan....
Kebetulannya, soft copy beberapa bahan tulisan masih aku simpan
selain beberapa keratan penulisanku yang pernah tersiar.
Antara puisi yang pernah tersiar |
Skrip drama tersiar dalam dua siri pada tahun 2002
|
Majalah Massa adalah bacaan wajib untuk karya penulisanku
berbentuk komentar
|
Cerpen yang tersiar dalam Berita Harian tahun
2000 membolehkan aku mendapat 'A' untuk penulisan
|
Rencana dalam Berita Harian tahun
2001
|
Kritikan filem 'Syukur 21' dalam Berita Minggu 2001
|
No comments:
Post a Comment