Alam sekolah rendah sudah terlalu lama aku tinggalkan. Sudah
lebih 23 tahun berlalu sesi pertama pelajar di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
(SKLJ). Dalam kesempatan ini, aku dihubungi melalui laman sosial untuk
pertemuan kembali di arena permainan suatu ketika dulu yang kini telah berubah
wajah. Bertempat di Satay Station, Ampang yang dulunya kami kenali sebagai Kampung
Tengah, maka pertemuan diatur pada petang Sabtu, 6 Oktober.
Indahnya mengimbas kenangan di alam persekolahan
sedangkan ketika ini rakan-rakan yang ada sudah pun beranak-pinak dan menjalani
kehidupan yang pelbagai dengan kerjaya berbeza.
Tanpa melihat kepada kedudukan dan kehidupan hari ini,
kami sepakat berkumpul dengan suasana harmoni dan dilatari kehidupan masa lalu.
Riuh-rendah tawa mengiringi kami semua dengan perangai masih banyak yang
keanak-anakan, mengusik, gurau-senda dan tepuk tampar jadi selingan.
Indahnya perkhabaran apabila boleh dikatakan anak-anak pinggir kota ini berjaya dalam kehidupan dengan memiliki kerjaya yang pelbagai. Ada
yang bergelar usahawan, doktor, peguam, perbankan, penjawat awam dan tak kurang
yang menjadi suri rumah. Makin berwarna cerita-cerita kehidupan kami....
Kata sepakat diambil agar pertemuan sedemian terus diatur
dan sikap saling mengambil-berat jadi keutamaan tanpa ada mana-mana individu
yang akan terpinggir. Insya-allah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
|
Bersama Nida & Nurzi |
|
Azaren, Ali, Khairul, Aedyla, Raja, Najhan, Mat Pian, Madir & Rozaidie |
|
mummy vogue: Yan, Rodiyah, Emelia, Ika, Piza, Diela, Suhaili, Ima, Midah, Nida, Nurzi & mamat inter-frame |
|
Meraikan Hari Jadi Mahathir yang ke-21 tahun tengah malam ketika dlm perjalanan ke PD |
|
Alam remaja berpiknik di Port Dickson |
|
Suatu ketika, tahun 1999 di rumahku, Taman Harmonis Gombak |
No comments:
Post a Comment