Monday, 30 December 2019

Resepi Brownies Mudah, Simple Tapi Sedap

Seronok dapat makan yang sedap-sedap, manis-manis rasa coklat... lagi-lagi brownies. Nak beli mahal apatah lagi untuk keluarga yang besar macam aku dan pencinta makanan jadinya baik buat. Anak-anak memang suka sangat dengan brownies.... Resepi ini aku dapat dari Adik (Fitriyah) waktu aku berkunjung ke rumah kakak... kebetulan dia hidangkan brownies yang adik buat so apa lagi minta la resepi.

Memang betul mudah, hanya guna enam bahan yang memang senang nak jumpa. Dah banyak kali aku buat untuk makan sendiri dan kali ini aku buatkan untuk orang bertunang. Mula-mula Angah anak Pipah bertunang, aku buatkan untuk hidangan kepada tetamu. Kemudian Hazim anak kak Chik nak bertunang, dan kami jadikan hantaran untuk ke Benut.

Saturday, 23 November 2019

Mudahnya Masak Pulut Kuning Dengan Noxxa

Dulu sekitar lebih sepuluh tahun lalu kot, pernah buat pulut kuning tapi terasa leceh sebab perlu direndam beberapa jam, kukus, angkat ... arung dengan santan, kukus lagi... memang leceh dan makan masa. Lepas tu tak lagi dah buat...

Kemudian, ustazah Liyana minta masakkan pulut kuning untuk majlis khatam Ameer... sudahhh... takkan nak tolak pula... kasihan ustazah yang dah menyediakan pelbagai hal demi majlis khatam ini.

Friday, 22 November 2019

Khatam Quran Ameer

Alhamdulillah Ameer dah khatam al-quran. Sebenarnya tahun lepas lagi dah khatam namun entah bagaimana tercicir namanya dalam list majlis sambutan. Tahun ini majlis diadakan di sekolah kafanya. Persdiaan dibuat oleh ustaz dan ustazah. Aku menyokongnya dengan menyediakan pulut kuning berserta kari telur.

Thursday, 21 November 2019

Keuzuran... Abang Hakim Diduga

17 Nov
Pagi itu, dalam keheningan subuh telefonku berbunyi. Suara Ima dihujung talian, katanya abang Hakim kena strok awal pagi tadi, masih di zon kritikal. Allahuakhbar. Rupanya Meah ada menghantar whats-up memaklumkan hal tersebut.

"Assalammuaikum cuma nak bagi tahu Hakim kena stroke, abang kamal hantar pergi hospital. Tadi tangan sebelah kiri tak boleh angkat. Mulut pun senget." 

Aduhai... mengapa perkara seserius ini tidak ditelefon sahaja, sakit kritikal bukan mainan. Bersama Mr Hubby bersegera kami bersiap, bersama Amira juga. Menjemput Meah dan ke hospital.

Ya, abang Hakim parah. Biarpun sedar dan cuba bersifat tenang tapi keadaannya kritikal.

Sunday, 10 November 2019

Bersama Keluarga, Santai Yang Simple

Untuk bergembira bersama keluarga bukanlah susah sebenarnya. Memang jika dilihat dari kekangan kewangan, macam-macam perkara tak boleh dilakukan tapi kegembiraan anak-anak adalah keutamaan. Sudah lama sebenarnya kami tidak berjalan secara santai di luar lantaran pelbagai halangan namun kali ini perancangan secara mudah dibuat.

Monday, 14 October 2019

Hati Diduga... Diri Dikhianati

Sakit yang tak terluah,
hati terguris
Jiwa perih, merintih, terasa lumat hancur atas apa yang berlaku.
Rupanya begini rasanya apabila dikhianati
Betapa... tak terluah kata, tak terbendung airmata
duka melara atas kepercayaan yang didustai
sungguh... seakan tak percaya
berapa kali lagi... untuk yang kesekian kali
menambahkan bilangan yang terdahulu sudah tak terhitung
namun mengapa...
aku bermuhasabah...
mencari jawapan pada sebuah persoalan...
tergamaknya diriku dikhianati
atas dosa yang manakah aku diperlaku begini
atas salah apakah kepercayaanku dipermainkan
kurang apa kebaikanku selama ini...

Saturday, 28 September 2019

Melayani Ameer Untuk UPKK

Melayani kerenah Ameer... anak teruna yang semakin cepat membesar namun tahap kematangannya masih jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan Amira di ketika usia sebegini. Ya, jangan membandingkan anatar mereka, dari segi jantina pun sudah berbeza apatah lagi gaya pemikitan dan tahap keupayaan masing-masing. Perhatian kali ini tertumpu banyak kepada Ameer memandangkan dia bakal berdepan UPKK.

Saturday, 21 September 2019

Menghadiri Syarahan Kijang Kencana 2019 Oleh Ku Li


Terharu pada ingatan Prof Dr Azizah yang saban tahun menjemputku hadir ke acaranya, maka kali ini aku realitikan.... Acara PUSPA - Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor diadakan di kediaman YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Pada mulanya aku bersama Fiza... rakan yang seangkatan semasa di UM, sekarang bergelar pensyarah di Xieman University namun saat-saat akhir dia memaklumkan tak dapat hadir lantaran ada mesyuarat berkaitan subjek baru yang perlu dihadirinya. Jadi sebagai peneman aku bawa Amira bersama. Selain mendedahkan dia kepada dunia luar, dapatlah juga dia melalui acara orang dewasa sekarang ini.

Friday, 16 August 2019

Tazkirah Jumaat: Jaga Perilaku Dan Akhlak

Alhamdulillah... pagi ini dilapangkan masa dan dapat join kawan-kawan lain yang telah dahulu mengadakan majlis ilmu saban Jumaat. Dimulai dengan bacaan Yaasin dan surah Al-Kahfi, kemudian diisi sedikit ruang dengan tazkirah sebagai pengisisn rohani buat kami yang bakal meneruskan kerja.

Ustaz Shamsul Najmi membimbing kami, menitiskan ilmu yang dimilikinya untuk kami sama-sama merasai betapa banyaknya hal-hal yang perlu dikongsi bersama.

Tuesday, 2 July 2019

Hari Lahirku ke-42... Alhamdulillah

Allahuakhbar... alhamdulillah. Aku genap 42 tahun. Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan atas selaut kegembiraan yang diberi berbanding kedukaan yang cuma sekelumit. Ya, dengan bertambah usia kali ini... kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi... lengkap hidupku dalam putaran kehidupan manusia. Akulah dulu seorang anak... kini sudah tidak berpunya ibu dan bapa lagi sebaliknya kini akulah ibu kepada lima orang cahaya mata.

Sunday, 30 June 2019

Aidilfitri... sanak saudara & rakan taulan

Aidilfitri terus dirai... kan Syawal sebulan. hubungan silaturrahim mahu terus diperkukuh... yang jauh didekatkan, yang dekat dipereratkan. Memang, biarpun ada yang jauh dan gagal berkesempatan untuk bersama namun ingatan tidak pernah pudar malah kasih sayang semakin bertambah.

Benar, semakin lanjut usia, terasa imbauan kenangan bersama sanak saudara dan rakan-rakan semakin kerap bermain di mata. Betapa aku kini menjadi insan yang terlalu menghargai sebuah hubungan, ikatan bersama semua terasa ingin diperkukuh.

Monday, 10 June 2019

Merai Aidilfitri - Silaturrahim Bersama Keluarga

Benar, berbezanya sambutan Aifilfitri tanpa ada lagi ibu ayah. Di Harmonis atau di Mempelam, suasananya tetap sama, terasa hiba dan sayu di hati sedangkan ingatan tergambar jelas memori lampau bersama mereka. Aduhai hati.... Aidilfitri masih perlu terus diari kerana kami ada anak-anak, ada adik-beradik, ada saudara mara, ada rakan taulan, ada jiran tetangga biarpun sudah tiada ibu dan ayah.

Wednesday, 5 June 2019

Selamat Hari Raya Aidilfiri

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 
Ikhlaskan diri menerima dan memberi
memaafkan dan memohon kemaafan
hindari rasa iri, buangkan hasad dengki
hilangkan segala prasangka dan jauh hati
kejernihan diharapkan pada sebuah ikatan
dalam rumahtangga, sesama saudara, 
rakan taulan, jiran tetangga juga sesama insan
Mohon pada Ilahi
rahmati kami pada hari kemenangan ini
untuk dosa semalam, hari ini dan dalam perjalanan hari esok 
hinggalah ke akhir nanti.

Friday, 31 May 2019

Imarah Majlis Khatam Quran Buddies

Alhamdulillah rakan-rakan di pejabat dapat sepakat menghabiskan tadarus al-Quran sepanjang Ramadan dengan masing-masing mengambil bahagian dalam 30 juzuk al-Quran. Kemucaknya, majlis khatam secara sederhana dengan harapan keberkatan diperoleh.

Majlis yang dirancang kecil-kecilan menjadi meriah dengan kehadiran ustaz jemputan Al-Fadhil Ustaz Hairul Amin Madon. Kak Ai menguruskan jemputan ustaz ini... dan lebih meriah ada pula bunga telur yang ditaja oleh Ina... Terima kasih korang....

Sunday, 12 May 2019

Indahnya Ramadan... Iftar Bersama Tetamu Di Rumah

Alhamdulillah... iftar hari minggu disangka kan hanya sekeluarga di rumah namun tanpa perancangan rakan-rakan yang akrab datang bertandang. Semuanya berlangsung tiba-tiba... kak Shida kata nak datang rumah hantar baju, nak datang petang... kebetulan waktu itu ada Farah bersama kami yang lantas Farah bertanya kenapa pula kak Shida nak datang... nak datang juga.... Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan... jomlah berbuka puasa sama-sama... memang aku suka sangat ada orang datang rumah, juga tentunya Mr Hubby yang akan berbesar hati menerima tetamu apatah lagi untuk iftar di rumah kami.

Tuesday, 7 May 2019

Amira Dan Rheumatic: Refer Ke Hospital Serdang... Erk...

Rawatan untuk rheumatic fever atau radang sendi yang menyelimuti Amira masih berterusan. Tahun kelima selepas dia disahkan mendapat penyakit yang sangat rare ini.  Suntikan setiap 28 hari masih berterusan malah perlu dilakukan sehinggalah Amira berusia 21 tahun. Sekarang baru 14 tahun yang bermakna ada berbaki tujuh tahun lagi.

Pemeriksaan susulan di hospital juga masih berlanjutan, setahun dua kali perlu ada pemeriksaan penuh kepada seluruh anggota badannya, khususnya organ dalaman. Hati jantung dan buah pinggang. Ambil darah dan echo sudah seakan sebati dengan Amira selepas melaluinya saban tahun sejak 2014. Dia semakin matang, memahami apa yang dihadapinya. Pesanku padanya, redha dan syukur... redha atas ketentuan Allah dan syukur dalam sakit masih ada ubatnya malah masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa.  

Thursday, 2 May 2019

Tahniah Didi... Konvokesyen dan Percutian Di JB

Awal-awal lagi abang Hakim dah maklumkan tarikh konvokesyen Didi di UTM pada 30 April. Kami memang merancang untuk meraikannya. Alang-alang je Johor, teruslah bercuti di JB apatah lagi kami semua tidak pernah menjelajah Selatan tanah air. Dengan tarikh konvo yang telah muktamad, perancangan dibuat... anak-anak yang bersekolah semuanya 'ponteng' kerana konvo adalah antara hari yang penting dalam hidup. Itulah satu kejayaan atas usaha yang telah dilakukan... dari kecil, alam tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah tentunya tujuan utama adalah untuk ke menara gading. Lantaran itu, hari penganugerahan adalah satu pengiktirafan atas kejayaan bergelar pelajar selama ini. Tahniah Didi... alhamdulillah, berjaya dalam usaha yang lelah dan tentunya penuh mencabar.

Saturday, 27 April 2019

Temasya Sukan SKS1BK 2019 Ameer

Hari ini hari sukan SKS1BK. Hanya Ameer yang ada acara, untuk pelajar tahap dua saja. Pelajar tahap satu sukaneka telah dibuat sewaktu hari persekolahan. Ameer join acara perbarisan untuk rumah Bendahara... rumah merah. Pukul 7.00 pagi aku menghantarnya ke sekolah... pukul 8.30 baru aku dan Nina menyusul untuk mengikuti temasya yang ada.

Kali ini dibuat sangat sederhana, dari ucapan guru besar, katanya memandangkan peruntukan yang tak ada jadi gunakalah apa saja yang ada. Mujur khemah, sound system dan beberapa peralatan lain ada yang taja.

Friday, 12 April 2019

Untuk wanita yang teraniaya... Bangkitlah!

Wanita...
jangan sangka hatinya rapuh
usah nilai jiwanya boleh dirobek sesukanya
biarpun raga nampak tak teguh
namun ombak membadai sanggup diharungnya....

Ya... hari ini.... jiwa begitu terkesan.
Membayangkan... betapa kebahagiaan yang diimpikan berlalu pergi tanpa terjangka... puas sudah menahan, telah lama bersabar namun setiap yang bermula pasti ada penghujungnya. Sebuah ikatan... terurai dan dibiarkan... tautan bukan hanya dengan sebelah tangan tapi perlukan ikatan kejap kukuh dan teguh... ikatan yang disimpulkan dengan lafaz kata, ijab dan kabul...janji dan sumpah setia namun terlerai lantaran rasa sudah tiada, kemanisan bertukar menjadi hempedu, kerinduan tiada lagi dikalbu, segalanya diseliputi sayu dan sendu... Rasa cinta disangka mampu terpatri hingga penghujung usia... lantas menyambung kasih di syurga sana namun belum pun senja melabuhkan tirai, jambangan indah yang seringkali disiram terkulai jua... duri tajam menusuk dalam menumpahkan darah membuka pekung berlagu syahdu... sakitnya... aduh!!!

Friday, 5 April 2019

Coretan PABKL 2019...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PABKL) berlangsung pada 29 Mac - 7 April. Memang tiap tahun aku tak akan ketinggalan apatah lagi dah ada anak-anak yang sememangnya menjadi rutin mereka untuk berkunjung.

Kebetulan pula ada penghujung cuti sekolah yang menjadikan Amira, Ameer dan Afrina aku bawa sekali ke pejabat untuk mereka berkunjung ke PABKL. Amira sudah remaja, matang dan sudah arif selok-belok PABKL lantaran saban tahun tak pernah terlepas mengikutinya. Kalau di alam kanak-kanaknya, Angah yang banyak menemani Amira apabila ke PABKL maka kali ini aku lepaskan Amira bersama Ameer dan Nina.

Monday, 25 March 2019

Orang Mergong Mai Rumah Kami...

Cuti sekolah bermula... kebetulan ada kenduri kahwin anak sepupu Mr Hubby di Jalan Klang Lama. Keluarga dari jauh datang... Kak Pah dan abang Li bersama Farhan, disertai Chaq sekeluarga yang menjadikan rumah kami meriah. Rasa seronok sangat bila ada orang datang ke rumah apatah lagi saudara dari jauh... yang jarang datang pula tu kerana kali terakhir kak Pah datang sekitar lapan tahun lalu.

Saturday, 16 March 2019

Santai Petang Di KLSC

Tak ada apa-apa perancangan untuk petang ini... tak ada nak kemana-mana pun, lagilah Mr Hubby pun kerja. Puteri maklumkan nak datang ke rumah kerana Adam rindukan Amani. Adam yang tinggal di tahfiz cuti namun tak berkesempatan untuk menemui kami lantas, mereka akan datang bertiga dengan Achik sekali menaiki lrt.

Sunday, 3 March 2019

Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai

Ulang tahun kelahiran anak-anak memang berselang sebulan... namun lebih istimewa selang hari pula dengan anak-anak abang Hakim. Dah jadi rutin kepada kami, meraikannnya bersama-sama... sejak kelahiran anak-anak ini rasanya... malah seakan tak lengkap jika tak diraikan bersama.

Tarikh lahir Afrina 16 Feb sementara Achik 15 Feb manakala Ameer 7 Mac sedangkan Puteri pula 4 Mac. Kebersamaan dan keakraban sejak dari kandungan hinggalah kini menjadikan keraian yang dilakukan bersama. Lagipun lebih ramai... lebih baik, lebih bermakna dan lebih meriah....

Sunday, 24 February 2019

Ke Taman Eko Rimba KL


Dah lama berhasrat nak ke Taman Eko Rimba KL... dapat tahu dari bacaan dalam blog juga, tapi permintaan jarang dapat sambutan dari Mr Hubby hinggalah direalitikan pada petang ini.  Cantik... kawasan rimba menghijau di tengah-tengah KL. Santai... nampak dari luaran seakan tak ada apa tapi rupanya di dalamnya terkandung kawasan yang mengujakan untuk dijelajah.

Friday, 8 February 2019

Pulang Ke Utara... Cuti Balik Kampung

Cuti sempena Tahun Baru Cina dimanfaatkan dengan pulang ke kampung. Dah lama kami tak balik Kedah. Kali terakhir pada sambutan Aidilfitri lalu dan kemudiannya hanya adik-beradik yang bertandang ke rumah kami. Kali ini, sempena cuti sekolah yang panjang maka kami luangkan untuk  bersama-sama keluarga di Utara.

Perancangan hanya nak balik dalam lima hari, kemudian ditambah ke sehari kerana nak penuhi jemputan kenduri kahwin dan akhirnya kami tambah sehari lagi memandangkan anak-anak belum cukup puas berlama-lama di sana.

Sunday, 20 January 2019

Sayu... ada kepayahan menyapa...

Hati... ada rasa nyilu di situ. Rasa mencucuk tajam menikam yang amat memilukan. Benar... rasa syahdu dimana-mana sekarang ini. Betapa kekuatan dan ketabahan amat diperlukan kala hati yang sekelumit ini diselimuti duka yang lara berpanjangan. Kekecewaan yang terlalu amat atas pelbagai perkara yang berlaku mengundang rasa yang pelbagai. Istigfar mohon diberikan sejuta kekuatan atas setitis kepayahan yang dikirimkan Ilahi sedangkan masih melaut nikmat menghampar yang ada di depan mata.

Monday, 7 January 2019

Selamat Hari Lahir ke-14 Amira


Nur Amira Farhana Binti Abdul Malik

Buah hati keluarga…
Jadilah seperti lebah, matanya hanya nampak bunga-bunga yang cantik untuk dihinggapi, lantas menghasilkan madu yang manis untuk orang lain 
bukan
jadi seperti lalat yang matanya hanya mencari kekotoran untuk didekati lantas menyebarkan penyakit yang akan merosakkan kesejahteraan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers