Allahuakhbar... alhamdulillah. Aku genap 42 tahun. Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan atas selaut kegembiraan yang diberi berbanding kedukaan yang cuma sekelumit. Ya, dengan bertambah usia kali ini... kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi... lengkap hidupku dalam putaran kehidupan manusia. Akulah dulu seorang anak... kini sudah tidak berpunya ibu dan bapa lagi sebaliknya kini akulah ibu kepada lima orang cahaya mata.
Kini kehidupanku adalah bersama keluarga yang meriah, lengkap dan alhamdulillah semuanya ada. Memang ada cabaran dan dugaan namun itukan kehidupan yang perlu sentiasa redha diharungi bersama.
Lebih manis, hari kelahiran ini diingati mereka yang tersayang... dalam kesulitan dan kerumitan kehidupan... tarikh kelahiranku ini masih dalam ingatan. Terima kasih Mr Hubby. Ingatan yang sangat berharga... malah ingatan dari anak-anak juga. Amira yang semakin matang, menjadi kesungguhan kepadanya menyediakan kad ucapan kepadaku. Cukup menyentuh hati dengan tulisan/ucapan yang sagat bermakna.
Ingatan tak habis di situ saja... ada juga ucapan dan mesej bertali arus dari rakan-rakan akrabku. Namun sesuatu yang terjangka... gegurls meraikanku seakan aku masih anak-anak. Aduhai rasa malu dirai dengan kek, lilin dan nyanyian happy birthday. Sungguh, betapa ingatan rakan-rakan amat memberi erti, doa dan ucapan yang melengkapkan, menceriakan dan sangat menyentuh hati. Terima kasih semua....
No comments:
Post a Comment