Dulu sekitar lebih sepuluh tahun lalu kot, pernah buat pulut kuning tapi terasa leceh sebab perlu direndam beberapa jam, kukus, angkat ... arung dengan santan, kukus lagi... memang leceh dan makan masa. Lepas tu tak lagi dah buat...
Kemudian, ustazah Liyana minta masakkan pulut kuning untuk majlis khatam Ameer... sudahhh... takkan nak tolak pula... kasihan ustazah yang dah menyediakan pelbagai hal demi majlis khatam ini.
Ustazah Liyana: Salam akk tahun ni nk buat khatam al-quran tuk Amir n kwn2 dia. Bleh akk buatkan pulut kuning? Sikit je pun tak pe janji ada.
Akhirnya aku sanggup lakukan. Biarpun hanya tiga anak-anak yang khatam tapi semua pelajar kafa ada 50 orang, jadi aku akan sediakan 50 pack.
Risau juga tapi aku gunakan periuk ajaib noxxa.
Aku masak 4 kg beras pulut. Sekali masak 2 kg so buat dua kali.
Mula-mula rendamkan beras pulut yang dah siap dibasuh 15 minit dengan kunyit. Letak asam keping.
Kemudian toskan. Masukkan beras pulut dalam inner pot noxxa, masukkan air lebih sedikit saja dari paras beras pulut. Masukkan daun pandan yang dah disimpul. Tekan high pressure 5 minit.
Selesai 5 minit, buka penutup (lepas buang tekanan wap). Arungkan beras pulut dengan santan pekat yang dah dicampur dengan garam. Kacau hingga sebati, nampak lembut dan berkilat.
Selepas itu, tutup semula dan stimkan 2 minit... dan siappp.
Eh... nak makan pulut kuning dengan apa?
Yang mudah kari telur. Lebih mudah lagi rebus telur guna periuk ajaib noxxa.
Hanya 3 minit aku rebus 30 biji telur.
Aku buat 60 biji telur so rebus dua kali makanya hanya 6 minit.
Mudah sungguh.
Hanya letak tuala basah dalam inner pot dan susun telur 30 biji. Kemudian tekan high pressure 3 minit.
Siaplah pulut kuning berlaukkan kari telur untuk anak-anak Kafa.
No comments:
Post a Comment