Thursday, 21 November 2019

Keuzuran... Abang Hakim Diduga

17 Nov
Pagi itu, dalam keheningan subuh telefonku berbunyi. Suara Ima dihujung talian, katanya abang Hakim kena strok awal pagi tadi, masih di zon kritikal. Allahuakhbar. Rupanya Meah ada menghantar whats-up memaklumkan hal tersebut.

"Assalammuaikum cuma nak bagi tahu Hakim kena stroke, abang kamal hantar pergi hospital. Tadi tangan sebelah kiri tak boleh angkat. Mulut pun senget." 

Aduhai... mengapa perkara seserius ini tidak ditelefon sahaja, sakit kritikal bukan mainan. Bersama Mr Hubby bersegera kami bersiap, bersama Amira juga. Menjemput Meah dan ke hospital.

Ya, abang Hakim parah. Biarpun sedar dan cuba bersifat tenang tapi keadaannya kritikal.

Masih di zon merah:
Tekanan darah tinggi 233... sedari awal pagi masih di zon kritikal.... Muka sedikit herot, bercakap pelat, sebelah kiri badan tidak mampu berfungsi sepenuhnya.

2.11 pm: Alhamdulillah abg hakim makin ok... skrg tungu masuk wad ... akan keluar dari zon merah

Laporan perubatan: 
Abg hakim ada sedikit pendarahan dlm kepala sebelah kanan... effect pergerakan sebelah kiri.
Tak perlukan apa-apa pembedahan tapi perlu control BP & start ubat darah tinggi...
Keadaan pergerakan masih dlm pemantauan & penelitian rapi.


18 Nov
Tekanan darah pagi ni 150/97.
hari ni akan scan kepala lagi utk tengok pendarahan... jika pendarahan berlarutan perlu lakukan pembedahan.

Laporan perubatan:
Keputusan scan dah keluar. Doktor kata tak perlu bedah sebab pendarahan tidak membesar. Ada darah beku dlm 12ml. Tak banyak. Monitor dgn ubat saja.
Keadaan tubuh masih tak ada banyak perubahan. Belum beleh makan dan minum secara manual... semua pakai tiub dan minum susu sahaja. Perlu banyak berehat, tak boleh banyak bergerak sebab boleh beri kesan pada pendarahan.

Air tak boleh bagi minum banyak (kalau boleh jgn bg minum). Bagi basah mulut saja. Sebab susu tu terus ke usus. Jadi bibir dan tekak akan rasa kering.

Tekanan darah ptg 160/95

19 Nov
Masih dalam pemantauan rapi
tengahari dah boleh makan... tapi benda2 lembut.

Perbualan ayah & Doktor perempuan (cun):
Doc: pernah jatuh
Ayah: banyak kali saya jatuh
Doc: jatuh...?
Ayah: jatuh cinta

20 Nov
Esok boleh balik
Kena makan ubat, doktor akan bekalkan taiga jenis ubat
Senaman perlu dibuat sendiri
BP mesti sentiasa pantau

21 Nov
Jom balik...
penjagaan rapi di rumah
perlukan rehat
ubat jangan lupa
BP jaga

*ingatan untuk kita semua, kesakitan boleh datang sekelip mata...


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers