Friday 22 November 2019

Khatam Quran Ameer

Alhamdulillah Ameer dah khatam al-quran. Sebenarnya tahun lepas lagi dah khatam namun entah bagaimana tercicir namanya dalam list majlis sambutan. Tahun ini majlis diadakan di sekolah kafanya. Persdiaan dibuat oleh ustaz dan ustazah. Aku menyokongnya dengan menyediakan pulut kuning berserta kari telur.


Bersama dua rakan lain Ameer diraikan para pelajar dan guru-guru di Kafa Integrasi Al-Itqan. Kesyukuran dipanjatkan kerana sokongan serta kesungguhan para pengajar mendidik anak-anak, dalam membaca, menghafaz dan seterusnya melaksanakan amalan dalam kehidupan seharian.

Semoga Ameer akan terus istiqamah di jalan Allah, menjadi insan yang bertakwa, beriman dan beramal serta mendampingi al-quran hingga ke akhir hayat.


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers