Untuk bergembira bersama keluarga bukanlah susah sebenarnya. Memang jika dilihat dari kekangan kewangan, macam-macam perkara tak boleh dilakukan tapi kegembiraan anak-anak adalah keutamaan. Sudah lama sebenarnya kami tidak berjalan secara santai di luar lantaran pelbagai halangan namun kali ini perancangan secara mudah dibuat.
Asalnya cuma nak bawa anak-anak makan McDonalds lantaran permintaan Ammar yang cuba direalitikan. Alang-alang nak makan di luar maka kami bawa mereka naik LRT ke IOI Puchong yang hanya tiga stesyen dari rumah.
Ceria betul Ammar, sepanjang jalan tersenyum saja. Amani juga yang memang tak banyak ragam. Amani lebih kepada Amira yang mengulitnya. Ameer dan Afrina pun sama juga.
Selesai makan, kami berjalan-jalan kawasan sekitar, sempat jugalah naik 'merry go round' dan ke taman permainan kanak-kanak. Itu pun sudah sangat menceriakan mereka... alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment