Saturday, 28 September 2019

Melayani Ameer Untuk UPKK

Melayani kerenah Ameer... anak teruna yang semakin cepat membesar namun tahap kematangannya masih jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan Amira di ketika usia sebegini. Ya, jangan membandingkan anatar mereka, dari segi jantina pun sudah berbeza apatah lagi gaya pemikitan dan tahap keupayaan masing-masing. Perhatian kali ini tertumpu banyak kepada Ameer memandangkan dia bakal berdepan UPKK.

Kesungguhan untuk melihatnya beroleh kejayaan dalam peperiksaan besar yang julung kali dilaluinya. Amun Ameer tetap Ameer... selalu ambil mudah hal-hal sekeliling dan mudah juga beralah. Perlukan perhatian, perlukan bimbingan, gaya pembelajaran diubah. Memag kekerasan tidak akan menyelesaikan mana-mana masalah pun, tapi kesungguhan untuk bersama-samanya dalam mentelaah dibuat.

Hal ini bukan sekali, bukan dua kali namun menjadi rutin apatah lagi anak ini bijak... kebijaksanaannya barangkali belum terserlah untuk melangkau usianya. Tak apalah... kita lakukan bersama ya abang... mama percaya abang akan berjaya dalam usaha dan kebolehan abang sendiri.

Untuk UPKK ini persediaan yang dilakukan oleh sekolah Ameer juga bukan calang-calang. Tabik pada Ustaz Abu yang bersungguh untuk melihat kejayaan anak-anak muridnya. Masa beliau ditumpukan sepenuhnya untuk anak-anak ini. Kelas kafa yang berakhir pukul 6 petang disambung hingga ke 6.45 petang. Tak habis di situ, selepas maghrib berjemaah, bacaan Yassin diadakan ulangkaji hingga ke pukul 10.00 malam.

Hujung minggu pula, Sabtu dan Ahad, dari pukul 2 hinggalah ke pukul 6 dan adakalanya menyususl sampai ke malam juga. Semuanya dilaksana demi melihat anak-anak UPKK berjaya. Terima kasih ustaz dan ustazah kafa Al-Itqan 2, insya-Allah... anak-anak ini akan berjaya. 





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers