Terharu pada ingatan Prof Dr Azizah yang saban tahun
menjemputku hadir ke acaranya, maka kali ini aku realitikan.... Acara PUSPA -
Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan di Kuala Lumpur dan Selangor diadakan di
kediaman YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
Pada mulanya aku bersama Fiza... rakan yang seangkatan
semasa di UM, sekarang bergelar pensyarah di Xieman University namun saat-saat
akhir dia memaklumkan tak dapat hadir lantaran ada mesyuarat berkaitan subjek baru
yang perlu dihadirinya. Jadi sebagai peneman aku bawa Amira bersama. Selain
mendedahkan dia kepada dunia luar, dapatlah juga dia melalui acara orang dewasa
sekarang ini.
Acara berlangsung meriah dengan kehadiran anggotanya yang
terdiri dari golongan wanita profesional sementara aku hanyalah pemerhati yang
duduk bersama dikalangan mereka.
Ucapan Ku Li sangat mendalam, memberi pendedahan,
menceritakan dan mengupas situasi semasa kehidupan masyarakat yang tentunya tak
dapat lari dari arena politik yang mempengaruhi ruang hidup rakyat.
Ku Li ada menyebut bahawa apa yang dilakukan dapat membuktikan
kepada kita kemampuan dan kebolehan kita sendiri. Percaya, usaha-usaha yang
dijalankan sedikit sebanyak akan dapat membantu orang lain.
Beliau mahu bercerita tentang masalah kehidupan rakyat yang
dianggap lebih menarik. Apa yang telah menyebabkan kita berada dalam keadaan
ini. Keadaan ekonomi kita hari ini tak baik bahkan gambaran yang tak begitu
baik apatah lagi diselubungi keadaan politik dalam negara. Keadaan ekonomi kita
‘is in a mess’ ... bukan saja soal hutang tapi tanggungan adalah sesuatu yang
sukar. Walaupun kata enam bulan tapi jangankan lima tahun pun belum tentu akan
dapat memulihkan kesukaran yang dilalui sekarang ini selepas peralihan kuasa
kerajaan.
Hutang kerajaan, pinjaman 300 bilion lagi yang jadikan
hutang kita hampir 1 trilion. Amat bahaya apatah lagi keadaan negara kita tak
macam Tun M mula-mula dulu jadi PM. Dulu sokongan kuat tapi hari ini... kita
mempunyai hal ‘parliament situation’. Tidak ketentuan ekonomi. Tak nampak apa
hala tuju yang dipilih oleh kerajaan hari ini. Kerajaan bermasalah... ini amat
membahayakan kedudukan kita. Tak ada kekuatan kepada PM untuk bersuara.
Dalam keadaan sekarang susah ... kerajaan tak ada hala tuju.
Analisa, daya pengeluaran negara dah turun, beri kesan kepada negara kita.
Ini fenomena yg kita tak pernah rasa... barangkali selepas
perang akan jadi macam ini tapi kita bukan perang... sesuatu yang tak boleh nak
dibandingkan... komoditi jatuh, harga barang tinggi, pengeluaran negara tak
ada... banyak sangat yang menakutkan.
Apa-apa pun kita masih bernasib baik. Banyak yang kita perlu
syukuri walaupun ada yang tak sependapat tapi negara kita masih aman.
Banyakkanlah berdoa untuk negara kita.
No comments:
Post a Comment