Sunday, 3 March 2019

Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai

Ulang tahun kelahiran anak-anak memang berselang sebulan... namun lebih istimewa selang hari pula dengan anak-anak abang Hakim. Dah jadi rutin kepada kami, meraikannnya bersama-sama... sejak kelahiran anak-anak ini rasanya... malah seakan tak lengkap jika tak diraikan bersama.

Tarikh lahir Afrina 16 Feb sementara Achik 15 Feb manakala Ameer 7 Mac sedangkan Puteri pula 4 Mac. Kebersamaan dan keakraban sejak dari kandungan hinggalah kini menjadikan keraian yang dilakukan bersama. Lagipun lebih ramai... lebih baik, lebih bermakna dan lebih meriah....

Anak-anak yang semakin bertambah usia... makin menjadikan mereka lebih tahu berfikir antara baik dan buruk, positif atau negatif malahan sudah boleh membuat pertimbangan berdasarkan penaakulan yang dilakukan.

Duhai anak-anak...
jadilah insan yang bijaksana
manfaatkanlah akal semaksima mungkin dalam membuat keputusan
berfikir bukan untuk sekali, berakal dijadikan landasan
berkatalah dari minda, jangan ikut hati yang menguasai
hari ini bukan semalam yang penuh senda dan tawa
juga bukan kelmarin yang hanya tahu hidup untuk bergembira
gunakanlah ruang waktu yang ada
kerana hidup bukan untuk selamanya
laksanakan hari ini yang terbaik demi hari esok... jika ada
jadilah... capailah... usahalah... milikilah...
hati waja penuh dengan ilmu dan amal
santun berbudi berhias akal...
hiduplah... kerana Allah SWT....

 



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers