Kak Pah kakak Mr Hubby, yang kelima dalam urutan sembilan beradik sementara Mr Hubby yang ketujuh dan Chaq yang bongsu... juga antara yang akrab dengan Mr Hubby. Abang Mat dan Fitri datang juga dari Sungai Petani tapi mereka tak bermalam, selesai ke majlis kenduri mereka bertolak balik kerana kak Chik tak sihat.
Ya, tujuan untuk ke majlis perkahwinan... kami meluangkan masa bertemu para saudara. Kemudian terus ke Masjid Negara, solat dan ke Jalan TAR... barangkali ada yang diidamkan mereka kerana di situlah lokasi utama untuk membeli-belah khusunya kepada wanita.
Keesokan harinya kami bersolat Zuhor di Majid Putra, ke Masjid Besi dan makan tengahari di Pusat Rekreasi Air Putrajaya. Selepas meletakkan kenderaan di Stadium Bukit Jalil aku bawa menaiki lrt ke KLCC. meluangkan masa seketika, bergambar dan kembali semula kerana masa suntuk lantaran mereka mahu pulang ke kampung malam itu.
Alhamdulillah... dapat juga menjengah kami di Ibu Kota, jadi lain kali jangan serik datang lagi....
No comments:
Post a Comment