Saturday, 16 March 2019

Santai Petang Di KLSC

Tak ada apa-apa perancangan untuk petang ini... tak ada nak kemana-mana pun, lagilah Mr Hubby pun kerja. Puteri maklumkan nak datang ke rumah kerana Adam rindukan Amani. Adam yang tinggal di tahfiz cuti namun tak berkesempatan untuk menemui kami lantas, mereka akan datang bertiga dengan Achik sekali menaiki lrt.


Alang-alang nak jemput mereka di stesyen LRT, aku suruh mereka turun di stesyen Bukit Jalil. Kemudian, kami yang lain keluar lebih awal selepas solat Asar dan bersantai di hadapan LRT Bukit Jalil yang menyambungkannya dengan KLSC, ada rekreasi untuk orang ramai.

Trek jongging yang selesa mengelilingi Stadium Bukit Jalil, selain taman permainan kanak-kanak dan ruang terbuka yang menempatkan pelbagai basikal untuk disewa. Aku menyewa dua buah basikal... naik berdua dan ada yang berempat dengan anak kecil.

Sepetang di situ sehinggalah Puteri, Achik dan Adam sampai. Mereka bermain bersama, bergilir berbasikal dan berlarian. Masuk waktu Maghrib, pilihan untuk mereka... masih nak bermain atau nak balik... mereka pilih terus bermain dan bersantai berbasikal, lalu aku minta mereka solat dahulu di surau LRT Bukit Jalil yang memang tersedia amat selesa untuk pengunjung.

Masa yang ada mereka manfaatkan sepenuhnya. Aku biarkan mereka menikmati ruang yang ada bersama-sama, alam kanak-kanak yang menceriakan, berlarian, berkejaran, melompat ke sana sini adalah rutin mereka. Sudahnya pukul 9.30 malam baru sampai ke rumah... fuh, boleh tahan penat!



 





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers