Majlis yang dirancang kecil-kecilan menjadi meriah dengan kehadiran ustaz jemputan Al-Fadhil Ustaz Hairul Amin Madon. Kak Ai menguruskan jemputan ustaz ini... dan lebih meriah ada pula bunga telur yang ditaja oleh Ina... Terima kasih korang....
Majlis berlangsung pagi Jumaat terakhir Ramadan di bilik mesyuarat tingkat 38. Pukul 9.00 pagi kami dah berhimpun.
Ustaz Hairul memberikan tazkirah ringkas berkaitan kelebihan al-Quran, wanita dan bulan Ramadan. Katanya, Allah ampunkan dosa-dosa yang telah lalu pada sesiapa yang benar-benar beribadat .
Semoga Allah bimbing hati kita untuk jadi lebih baik.
Jelasnya, golongan perempuan banyak kelebihan untuk masuk syurga malah khatam Quran pun banyak orang perempuan yang terlibat. Allah ciptakan perempuan dengan amanah yang sangat besar. tetapi cantik macam mana pun... sibuk macam mana pun... jangan tinggal Quran... maka alangkah baiknya jika kita sama-sama tahu baca Quran. Didik anak-anak baca Quran.
Baca Quran banyak kelebihannya. Amalan di dunia dan menjadi teman di kubur kelak. Nak cantik... cantik itu datang dari hati... maka selalulah baca al-Quran kerana ia akan membersihkan hati. Baca al-Quran maka Allah akan berikan rezeki dalam pada mana kita tak pernah sangka.
Untuk wanita amalan yang mudah masuk ke syurga ialah:
1. baca Quran
2. taatlah pada suami
Selesai tazkiran. Ustaz Hairul Amin membimbing bacaan kami dari surah Ad-Dhuha hinggalah bacaan doa dan selesai Khatam Quran. Kemudian kami meminta beliau membimbing kami bersama-sama dalam bacaan surah Al-Kahfi beramai-ramai. Alhamdulillah. Selesai dalam suasana yang cantik... syukur... kami dapat berkongsi pahala bersama-sama dan semoga amalan baik dapat diteruskan sebagai bekalan ke akhirat kelak. Terima kasih semua....
No comments:
Post a Comment