Sunday, 17 May 2020

Ramadan PKP... Kesyukuran Dalam Kelainan

Ramadan dalam tempoh PKP kerana COVID-19. Satu kelainan dalam keluarga yang terperap di rumah setiap masa sedangkan tahun-tahun yang lalu tentunya Ramadan akan disambut dengan berkumpul bersama keluarga besar, berterawih di surau beramai-ramai namun kali ini amat berbeza. 

Thursday, 26 March 2020

PKP.... Normal Baharu, Suatu Hikmah Tersembunyi


COVID-19 membawa suasana baru dalam kehidupan manusia, bukan hanya di Malaysia tetapi juga seluruh dunia. MasyaAllah... hanya Allah yang tahu apa-apa yang tersembunyi hinggakan segalanya berubah 360 darjah... sekelip mata semua manusia perlu patuh untuk tetap berada di rumah, penularan virus COVID-19 bukan satu mainan.

Tuesday, 17 March 2020

COVID-19, Wabak Pandemik Mengubah Dunia

Siapa sangka... dengan hanya satu virus yang tak kelihatan landskp keseluruhan kehidupan manusia berubah. Bukan hanya dalam negara tapi di seluruh dunia.

Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Monday, 2 March 2020

Kerajaan Persekutuan Dari PH Jadi PN...

Sesuatu yang tak terjangka berlaku angkara kuasa, takhta atau entah apa-apa alasan dari Sang Penguasa. Perubahan yang pelbagai, mengubah tingkah seharian, aktiviti yang tidak lagi sama dan tentunya akan turut memberi kesan kepada perkembangan minda dan fikiran. Benarlah, kita boleh merancang apa-apa sahaja namun perancangan yang terbaik adalah dari Allah SWT. Siapa kita untuk melawan selain redha dan percaya bahawa yang diturunkan itu adalah yang terbaik untuk kita semua.

Thursday, 23 January 2020

Jagalah Mata... Penting Sangat Untuk Fokus

Sesi persekolahan 2020 dah bermula, anak-anak dah start belajar. Ameer beberapa kali mengadu duduk belakang tak nampak tuisan cikgu di whiteboard depan. Ada saja kerja dia yang tak siap. Alasannya sebab tak nampak... Jika sekali dua mungkin cuma alasan biasa sebab Ameer memang banyak akalnya, tapi hampir setiap hari perkara sama. Ada aku ajukan pada cikgu kelas untuk Ameer duduk di depan tapi Ameer antara yang tertinggi dalam kelas maka tak sesuai, lagi pula tentulah tak adil pada anak-anak yang lebih rendah dari Ameer kan.

Ya, Ameer perlu pemeriksaan mata. Aku tegaskan pada diri sendiri walaupun aku tahu memang Ameer teringin nak pakai cermin mata, namun apabila aduannya hampir saban hari pasti ada yang tak kena. Tak boleh sambil lewa, jadi perlu buat pemeriksaan segera.

Tuesday, 7 January 2020

Selamat Ulang Tahun ke-15 Amira

Ulang tahun ke-15. Usia remaja yang semakin mencabar... semakin bertambah usia maka akan semakin bertambahlah cabaran dan halangan yang akan menjadikan kematangan diri lebih bermakna.


Monday, 30 December 2019

Resepi Brownies Mudah, Simple Tapi Sedap

Seronok dapat makan yang sedap-sedap, manis-manis rasa coklat... lagi-lagi brownies. Nak beli mahal apatah lagi untuk keluarga yang besar macam aku dan pencinta makanan jadinya baik buat. Anak-anak memang suka sangat dengan brownies.... Resepi ini aku dapat dari Adik (Fitriyah) waktu aku berkunjung ke rumah kakak... kebetulan dia hidangkan brownies yang adik buat so apa lagi minta la resepi.

Memang betul mudah, hanya guna enam bahan yang memang senang nak jumpa. Dah banyak kali aku buat untuk makan sendiri dan kali ini aku buatkan untuk orang bertunang. Mula-mula Angah anak Pipah bertunang, aku buatkan untuk hidangan kepada tetamu. Kemudian Hazim anak kak Chik nak bertunang, dan kami jadikan hantaran untuk ke Benut.

Saturday, 23 November 2019

Mudahnya Masak Pulut Kuning Dengan Noxxa

Dulu sekitar lebih sepuluh tahun lalu kot, pernah buat pulut kuning tapi terasa leceh sebab perlu direndam beberapa jam, kukus, angkat ... arung dengan santan, kukus lagi... memang leceh dan makan masa. Lepas tu tak lagi dah buat...

Kemudian, ustazah Liyana minta masakkan pulut kuning untuk majlis khatam Ameer... sudahhh... takkan nak tolak pula... kasihan ustazah yang dah menyediakan pelbagai hal demi majlis khatam ini.

Friday, 22 November 2019

Khatam Quran Ameer

Alhamdulillah Ameer dah khatam al-quran. Sebenarnya tahun lepas lagi dah khatam namun entah bagaimana tercicir namanya dalam list majlis sambutan. Tahun ini majlis diadakan di sekolah kafanya. Persdiaan dibuat oleh ustaz dan ustazah. Aku menyokongnya dengan menyediakan pulut kuning berserta kari telur.

Thursday, 21 November 2019

Keuzuran... Abang Hakim Diduga

17 Nov
Pagi itu, dalam keheningan subuh telefonku berbunyi. Suara Ima dihujung talian, katanya abang Hakim kena strok awal pagi tadi, masih di zon kritikal. Allahuakhbar. Rupanya Meah ada menghantar whats-up memaklumkan hal tersebut.

"Assalammuaikum cuma nak bagi tahu Hakim kena stroke, abang kamal hantar pergi hospital. Tadi tangan sebelah kiri tak boleh angkat. Mulut pun senget." 

Aduhai... mengapa perkara seserius ini tidak ditelefon sahaja, sakit kritikal bukan mainan. Bersama Mr Hubby bersegera kami bersiap, bersama Amira juga. Menjemput Meah dan ke hospital.

Ya, abang Hakim parah. Biarpun sedar dan cuba bersifat tenang tapi keadaannya kritikal.

Sunday, 10 November 2019

Bersama Keluarga, Santai Yang Simple

Untuk bergembira bersama keluarga bukanlah susah sebenarnya. Memang jika dilihat dari kekangan kewangan, macam-macam perkara tak boleh dilakukan tapi kegembiraan anak-anak adalah keutamaan. Sudah lama sebenarnya kami tidak berjalan secara santai di luar lantaran pelbagai halangan namun kali ini perancangan secara mudah dibuat.

Monday, 14 October 2019

Hati Diduga... Diri Dikhianati

Sakit yang tak terluah,
hati terguris
Jiwa perih, merintih, terasa lumat hancur atas apa yang berlaku.
Rupanya begini rasanya apabila dikhianati
Betapa... tak terluah kata, tak terbendung airmata
duka melara atas kepercayaan yang didustai
sungguh... seakan tak percaya
berapa kali lagi... untuk yang kesekian kali
menambahkan bilangan yang terdahulu sudah tak terhitung
namun mengapa...
aku bermuhasabah...
mencari jawapan pada sebuah persoalan...
tergamaknya diriku dikhianati
atas dosa yang manakah aku diperlaku begini
atas salah apakah kepercayaanku dipermainkan
kurang apa kebaikanku selama ini...