
menjadi insan yang menyenangkan dalam setiap ketika
ketiadaan akan terasa kerinduan
dicari, diingati dan terasa sentiasa diperlukan
ada akan menjadi pelengkap
menyemarak setiap detik dalam perjalanan
menempuh dugaan tanpa lelah, tiada keluhan tapi keredhaan
tanpa jemu terus berusaha, berbakti bukan kerana sesiapa
tapi demi agama dan bangsa,
untuk sebuah masa hadapan yang cerah.
Doa mama abah sentiasa memayungimu...
*sambutan bersama keluarga dalam kek red velvet permintaan Amira hasil air tangan sendiri. Meraikan bersama Ammar yang hanya berbeza sembilan hari tapi dalam tahun yang berlainan.
No comments:
Post a Comment