Bermula dengan krisis politik yang berlarutan sejak tahun lalu, namun kemudian makin meruncing sehinggakan memberi kesan kepada sosio-ekonomi rakyat. Manakan mampu rakyat biasa berdiam diri apabila maruah dan agama dipersenda oleh mereka yang berkuasa. Satu persatu hati seakan dicalar-calarkan sesuka hati. Bantuan oleh kerajaan kepada golongan masyarakat luar bandar dikurangkan, biasiswa juga dikecilkan, harga barang keperluan semakin naik sedangkan komoditi tempatan nilainya semakin berkurang, ditambah pula dengan saban hari laporan penjualan aset-aset Tabung Haji dan milikan golongan Bumiputera yang sangat-sangat mengaibkan Islam dan bangsa Melayu. Calar di hati telah bernanah menjadi parah dan merungkai penyakir berbaur penghinaan kepada sekalian bangsa.
Kudrat apa yang ada jika kuasa bukan lagi ditangan. Sang Penguasa sudah bermaharaja sedang rakyat seakan penonton tanpa daya akan nista yang dipalit dengan begitu hina. Berdoalah!
Ya, Allah ada. Apabila kuasa jadi permainan semata, maka tentunya tidak akan kekal lama. Berikut kronologi peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan dari Pakatan Harapan (PH) kepada kelompok yang membentuk Perikatan Nasional (PN) dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih sebagai Perdana Menteri kelapan.
Pada 24 Februari 2020, kerajaan PH secara rasmi runtuh selepas peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Hal tersebut sangat mengejutkan bukan sahaja blok pembangkang tetapi juga barisan pimpinan PH.
Berikut merupakan kronologi bagaimana krisis politik ciptaan PH (sumber facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki)
1. PKR, Dap dan Pan Desak Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) serah ‘takhta’ PM kepada Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
2. PPBM ugut keluar PH jika desakan diteruskan.
3. 11 Ahli Parlimen isytihar keluar PKR.
4. PPBM isytihar keluar PH.
5. Tun M isytihar letak jawatan PM dan Pengerusi PPBM; secara rasmi Kerajaan PH terbubar.
6. Bursa Malaysia rugi RM43 bilion angkara krisis politik ini.
7. Blok Pembangkang dijemput tubuh Kerajaan Perpaduan atas nama nak pertahan Islam, Melayu-Bumiputera dan juga menyelamatkan ekonomi negara.
8. Atas dasar tanggungjawab moral, UMNO dan PAS setuju bersyarat iaitu Kerajaan Perpaduan tanpa Dap.
9. Menyedari di ambang hilangnya kuasa, PKR, Dap dan Pan buat ‘U-TURN’, sokong Tun M kembali menerajui PM sehingga tamat penggal.
10. Tun M panggil Presiden UMNO dan PAS untuk bentuk Kerajaan Perpaduan melibatkan semua parti termasuk Dap, dan diberikan kuasa penuh kepada Tun M membentuk Kabinet atas nama individu tidak mewakili parti (menjadikan Tun M berkuasa mutlak).
11. UMNO dan PAS menolak kerana daripada awal bersetuju untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan jika tidak melibatkan Dap.
12. UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS membuat kenyataan media mengesyorkan supaya jalan terbaik terhadap krisis politik angkara perbalahan dahsyat di kalangan parti-parti PH berebut ‘takhta’ PM tanpa berkesudahan hanya dengan cara menyerahkan kembali mandat kepada rakyat iaitu melalui Pilihan Raya Umum.
Justeru siapa yang wajar dipersalahkan?
Pada 1 Mac 2020, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
No comments:
Post a Comment