Monday, 10 January 2022

Jalan-jalan Perak - Kapal Korek Tin Dredge Heritage & Kellies Castle

Nak hantar Amira balik asrama... sambil-sambil menjengah ruangan pelancongan di Negeri Perak. Memang selama bermertuakan orang Utara maka Negeri Perak menjadi laluan wajib namun tak pernah pula menjadi pelancong di negeri ini. Adalah sekali dua apabila singgah di rumah Bang Leh yang kami ke Zoo Taiping namun kali ini lain. Bezanya, nak cari tempat-tempat yang tular dalam laman media sosial. 

Saturday, 1 January 2022

Selamat Tahun Baharu 2022

Tahun baharu 2022... meninggalkan 2021 sbg memori, nostalgia kehidupan sbg tauladan kerana dlm hidup ini tidak ada kebetulan selain smuanya telah ditulis Ilahi...

Alhamdulillah... mensyukuri nikmat namun bukan hanya dgn duduk tanpa usaha atau cuma diam tanpa suara... 

Saturday, 18 December 2021

Anak Berkhatan... Ammar Yang Cekal

Hari ini Ammar bersunat. Satu-satunya anak yang berkhatan dalam usia yang sudah faham itu ini sedangkan Ameer semasa dalam pantang. Memang tak susah pun melaksanakan khatan Ammar kerana itu sendiri adalah kemahuannya. Dia yang ceria sentiasa dan tak sabar menunggu harinya. 

Mr Hubby dah daftarkan Ammar untuk berkhatan di klinik Qistina. Alhamdulillah semua lancar dan mudah malah lebih menarik ada tempat utk sesi bergambar di klinik ini. Ammar memang cekal berdepan rasa kesakitan... tiada jeritan, tangisan atau keluhan biarpun wajah tergaris kebimbangan... 

Sunday, 12 December 2021

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-18

Alhamdulillah 12.12.2003 ikatan terpatri atas anugerah bergelar isteri... 

18 tahun perjalanan berumahtangga dengan ditambah dua tahun perkenalan yang mengenapkan hubungan perkenalan dengan Mr Hubby dua dasawarsa.

Permulaan dalam berkeluarga ... bertaut kasih menyulam kisah dalam setiap detik nafas

Adanya dalam setiap denyut nadi

Wednesday, 24 November 2021

Penat ... Lelah ... Letih ...


Penat...
sungguh penat ... lelah ... letih ...
satu demi satu menimpa 
apabila yang ada di sekeliling bertentangan 
terasa diri ditolak, dihimpit
malah barangkali dipersenda, dinafi dan tak diperlukan

Wednesday, 3 November 2021

Kerjaya Sebagai Editor ... Tukang Tak Di Dendang

Tugas ialah amanah kerana Allah. Jawatan editor bukan mudah,  kerja apapun tetap ada cabaran. Sekiranya kesenangan dan kekayaan yang diimpi maka kerjaya ini bukan idaman sebaliknya jika ilmu dan kepuasan yang jadi pilihan, cabaran adalah taruhan utama untuk didepani.

Editor ini tugasnya sama saja. Membaca dan membetulkan kesilapan. Memahami dan menyempurnakan bahan sebelum terbit. Pengalaman dari editor buku ilmiah suatu ketika dahulu hinggalah kepada editor berita yang saban hari menekuni setiap huruf dan baris ayat untuk jadi sebuah cerita adalah satu tugasan yang bukan mudah. 

Tuesday, 27 July 2021

Unboxing Young Living

Apakah perkara paling seronok... dah tentulah apabila menerima kotak-kotak bertulis Young Living. Wow sangat rasanya... teruja dan ghairah untuk unboxing memang 100 peratus pada barang yang ada di depan mata. Sememangnya inilah yang akan dirasai oleh mana-mana individu yang menerima YL. 

Pertama kali melihat barang-barang YL adalah melalui media sosial... review memang best tapi bila tengok harga dah tentu akan ramai terus tutup. Oppsss... tunggu dulu... kenapa YL jadi pilihan ramai so dah tentulah kerana ada sesuatu. 

Tuesday, 20 July 2021

Aidiladha 2021... Raya Yang Tertangguh

 Aidiladha yang penuh rasa kesyaduan... tiada apa-apa keraian lantaran pandemik COVIID-19 yang menggila. Rakyat masih perlu patut kepada perintah darurat yang dilaksanakan kerajaan sedangkan penularan pandemik pula saban hari makin bertambah... 

Aduhai... sungguh COVID-19 bukan hanya mengubah norma manusia malah luluh hati berdepan suasan yang tiada lagi seperti hari raya. Semalam saja jumlah kes jangkitan 10,972 dengan 129 kematian. Allahuakhbar... duka tentunya menyelubungi seluruh negara dengan ramai yang terjejas. 

Monday, 12 July 2021

Kepulangan Ke Negeri Abadi ... COVID-19 Jadi Asbab

 ... kerana COVID-19... Wabak yang melanda seluruh dunia dengan kematian saban hari sentiasa ada. Allahu-Akhbar ... apabila saudara dan kenalan terdekat sendiri yang menjadi mangsa, terlalu amat sakit rasanya...

Sangat terkesan dengan kasih sayang dua beradik yang boleh menjadi inspirasi. Kasih saudara susah senang sehidup semati bersama hingga ke akhir hayat.

Monday, 7 June 2021

Buat Anakanda Lima Beradik Sepusat Sepusar

Sungguh, berdepan dengan suasana sepenuhnya di rumah dan bersama-sama keluarga terlalu banyak yang difikirkan. Ya, jika yang buruk dicari pastinya semuanya adalah negatif sahaja, namun siapa kita nak mempersolakan kehendak-Nya. Apatah lagi tentunya setiap apa yang berlaku adalah yang terbaik dari Ilahi maka tentunya hikmah tersembunyi tak terjangkau akal dalam mendepani suasana yang seakan waktu terhenti tiba-tiba. 

Kerana itu... setiap peluang perlu diabadikan apatah lagi dalam kebersamaan ruang sepenuhnya dalam keluarga ... Mujur anak ramai ... lima orang ini memeriahkan suasana yang seringkali mencabar minda. Masih PKP ... darurat ke tak... entah tapi yang pasti kami seperti rakyat lain patuh SOP ... keluar hanya kalau betul-betul perlu ... itu pun anak-anak dah berbulan-bulan tak kemana...

Saturday, 22 May 2021

COVID-19: Kes Aktif Yang Makin Menakutkan

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia menghampiri 500 ribu. Di peringkat global, lebih 165 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.4  juta. Lebih 146 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

 Malaysia semakin dibayangi kemungkinan berhadapan dengan kes harian baharu lima angka setelah tiga hari berturut-turut merekod kes harian baharu COVID-19 sekitar enam ribu pada Rabu (19 Mei), Khamis (20 Mei) dan hari ini.

Thursday, 13 May 2021

Aidilfitri 2021 Dalam PKP Lagi

COVID-19 masih menyelubungi dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana lagi yang kali ini nampaknya lebih parah dari tahun lalu. Jika tahun lalu masih lagi boleh rentas derah namun kali ini... jangankan nak balik kampung Mr Hubby di Utara, nak balik ke Gombak pun tak lepas. Benar, terasa amat sayu rasa hati tapi sebagai ibu aku enggan tenggelam dalam kesyaduan melarut lantaran aku memiliki anak-anak yang masih perlu dicanai. Inilah Aidilfitri mereka yang bakal dirai sebaiknya untuk dijadikan memori di kala usia dewasa kelak.