Tuesday, 20 July 2021

Aidiladha 2021... Raya Yang Tertangguh

 Aidiladha yang penuh rasa kesyaduan... tiada apa-apa keraian lantaran pandemik COVIID-19 yang menggila. Rakyat masih perlu patut kepada perintah darurat yang dilaksanakan kerajaan sedangkan penularan pandemik pula saban hari makin bertambah... 

Aduhai... sungguh COVID-19 bukan hanya mengubah norma manusia malah luluh hati berdepan suasan yang tiada lagi seperti hari raya. Semalam saja jumlah kes jangkitan 10,972 dengan 129 kematian. Allahuakhbar... duka tentunya menyelubungi seluruh negara dengan ramai yang terjejas. 

Apa pilihan yang ada... suka atau tidak kehidupan perlu diteruskan dan Aidiladha mesti diimarahkan. Namun semangat anak-anak ibarat hilang terbang bagai pandemik COVID yang gagal dikawal. Untuk anak-anak kecil lebih mudah tapi bagi anak remaja keadaannya berbeza. 

Sayunya rasa hati... Aidiladha dimulakan dengan sembahyang sunat hari raya berimamkan Mr Hubby. Lewat sedikit dari kebiasaan kerana Mr Hubby sibuk di dapur. Menu hari raya nasi arab Mr Hubby sediakan. Tapi anak-anak... mereka tak ceria... ya bukan nak kemana-mana sebab tak boleh pun meraikan tapi macam mana pun Aidiladha ini adalah hari kebesaran tanda pengorbanan, maka berkorbanlah kita dalam suasana COVID tanpa lagi bersama sanak saudara. 

Ada juga Ijan dan Afini selain Ikhwan bersama kami. Inilah Aidiladha kami hari ini.  Sungguh... andainya ini Aidiladha terakhir dalam kalangan salah seorang antara kami maka tiadalah kita bergambar bersama dalam keluarga yang penuh sulam tangis dan tawa. Bagi diri ini... setiap masa adalah detik berharga yang pastinya mahu diabadikan dalam apa-apa juga keadaan. 

Benar... anak-anak sewaktu usia muda akan sentiasa ingin bersama keluarga malah perhatian ibu bapa menjadi permintaan sedangkan apabila mereka sudah memasuki usia remaja tentunya rakan dan teman lebih menjadi pilihan apatah lagi alam maya yang menjadi rutin harian. 

Tak apalah... moga Allah SWT sentiasa meredhai perjalanan hidup kita dan keluarga serta kaum muslimin dan muslimat sekalian. Mohon pada-Mu Ya Ilahi... hindarilah kami semua dari malapetaka dan wabak bahaya serta angkatlah COVID-19 dari muka bumi ini. 

Salam Aidiladha semua... inilah kenangan kita tahun ini dengan darurat berterusan....   


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers