Pertama kali melihat barang-barang YL adalah melalui media sosial... review memang best tapi bila tengok harga dah tentu akan ramai terus tutup. Oppsss... tunggu dulu... kenapa YL jadi pilihan ramai so dah tentulah kerana ada sesuatu.
Untuk kesihatan dan kesejahteraan mana-mana pihak akan letakkannilai harga pada tangga nombor dua kerana apa ertinya wang jika kesihatan menjadi taruhan. Ya, benar... kesakitan dan ujian dari Allah SWT tapi bukankah mencegah lebih baik dari mengubati... maka YL ini adalah antara langkah untuk mencegah. Essential Oil (EO) benar-benar memberi aroma sebenar, terhasil dari bahan semulajadi yang asli... maka tentunya khasiatnya juga asli dan memberi manfaat sepenuhnya kepada tubuh. Jadi... YL jadi pilihan kerana ia adalah barangan yang baik dan nilai harga aku anggap sebagai reward pada diri atas usaha bekerja, melaksanakan macam-macam rutin harian dan EO YL untuk manjakan diri.
Mula-mula mengadap kotak YL yang tiba di depan pintu rumah... hati mula berbunga-bunga... Anak-anak apatah lagi. Semuanya mula berkeliling nak tengok apa di dalamnya.
Selalu ada yang bertanya dengan harga barangan YL yang dianggap mahal so apa yang ada dalam kotak-kotaknya. Kotak besar maka tentunya ada macam-macam di dalamnya. Pembungkusan barangan YL pula sangat teliti, dalam kotak ada kotak untuk setiap barangan dan EO pula dalam kotak silinder. Macam suprise kan... lepas buka kotak luar, ada kotak-kotak lagi... keluarkan lagi... ada macam-macam...
Untuk yang ada anak-anak maka inilah yang buat kecoh. Yang itu ambik ni, yang satu lagi ambik yang lain... mak-mak time ni la boleh jadi kelam kabut dan bertukar macam-macam warna. Ada hijau, merah, kuning... maklumlah barangan bernilai kan. Tapi bawalah bersabar sebab keseronokan bersama-sama keluarga dalam unboxing adalah suasana paling berharga. Meriah, suspen dan teruja...
Sememangnya perasaan menerima hadiah untuk diri sendiri yang manfaatnya boleh diaplikasi kepada seisi keluarga tidak mampu diluah dengan kata-kata. Sudahnya barang-barang YL akan dibelek satu persatu, buku yang tersedia dibaca dengan meniliti barangan yang ada. Ketika ini perasaan terlayan dalam keadaan yang berlainan... rasa puas apabila idaman hati berada di tangan. Ibaratnya, barang 'kayangan' bukan satu mimpi tapi apa-apa semua boleh dilaksmenjadi realiti.
No comments:
Post a Comment