... kerana COVID-19... Wabak yang melanda seluruh dunia dengan kematian saban hari sentiasa ada. Allahu-Akhbar ... apabila saudara dan kenalan terdekat sendiri yang menjadi mangsa, terlalu amat sakit rasanya...
Sangat terkesan dengan kasih sayang dua beradik yang boleh menjadi inspirasi. Kasih saudara susah senang sehidup semati bersama hingga ke akhir hayat.
Si abang berhijrah dari Singapora tahun 70-an demi bersama adik yang kematian suami, balu lima anak dengan yang bongsu masih bayi malah tak pernah tahu rupa bapa sendiri... Si abang tidak berumahtangga malah bersama adik membesarkan lima anak hingga semuanya berkeluarga sendiri. Dua beradik ini tetap tinggal bersama, saling mengambil berat dan enggan menyusahkan sesiapa... pernah diluah untuk mati bersama agar tak menjadi beban pada yang ada walaupun anak-anak sentiasa rela.
Dua beradik bersama sampai ke usia tua, menjengah 70-an namun COVID-19 menjadi asbab memenuhi jemputan Ilahi. Biarpun berada di dua hospital berbeza namun kematian antara mereka hanya berjarak sekitar empat jam. Abang mendahului sekitar 8.55 pagi dan 12.50 tengahari adik menyusul untuk ke alam abadi. Ya... COVID-19 telah menular ke peparu dan organ dalaman. Kerosakan buah pinggang pada si abang dan kegagalan fungsi jantung pada adik.
Hujan lebat mengiringi perjalanan van jenazah... namun kuasa Ilahi seakan meredhai jemputan lantaran hujan berhenti saat van jenazah kedua tiba di tanah perkuburan malah lancar dan mudah semua urusan dengan cucunda menjadi tangan menyambut tubuh untuk diletak di liang lahad.
Sungguh... kasih saudara susah senang bersama, sehidup semati dr alam fana ke negeri abadi...
Damailah dua saudara yg telah ku kenali sejak kecil & moga roh kalian ditempatkan di taman2 syurga oleh-Nya
Tabahlah keluarga yang kehilangan asbab COVID-19... memisahkan tanpa ada lagi peluk cium terakhir selain kenangan yang tak mungkin luput...
Sungguh... COVID-19 itu benar maka kekalkan kawalan kendiri dan utamakan kesihatan untuk keselamatan. Jangan anggap mudah sebaliknya patuhilah SOP yang ditetapkan.
Terima kasih para frontliners Malaysia ... juga pebagai NGO yang memudahkan bantuan... anda pejuang sebenar....
No comments:
Post a Comment