Sungguh, berdepan dengan suasana sepenuhnya di rumah dan bersama-sama keluarga terlalu banyak yang difikirkan. Ya, jika yang buruk dicari pastinya semuanya adalah negatif sahaja, namun siapa kita nak mempersolakan kehendak-Nya. Apatah lagi tentunya setiap apa yang berlaku adalah yang terbaik dari Ilahi maka tentunya hikmah tersembunyi tak terjangkau akal dalam mendepani suasana yang seakan waktu terhenti tiba-tiba.
Kerana itu... setiap peluang perlu diabadikan apatah lagi dalam kebersamaan ruang sepenuhnya dalam keluarga ... Mujur anak ramai ... lima orang ini memeriahkan suasana yang seringkali mencabar minda. Masih PKP ... darurat ke tak... entah tapi yang pasti kami seperti rakyat lain patuh SOP ... keluar hanya kalau betul-betul perlu ... itu pun anak-anak dah berbulan-bulan tak kemana...
Perasaan tak tahu nak luah macam mana... apatah lagi anak-anak...Hari ini rekod baru catatan angka #COVID19. Kes harian jangkitan catat 19,819 menjadikan jumlah kes 1,183,110. Allahuakhbar ... 257 kematian hari ini dengan jumlah kumulatif 9,855.
Kelak kami akan menyusul tapi entah asbab yang bagaimana... Salam takziah pada keluarga yang kehilangan, moga tabah.
Ya... terlalu banyak hikmah atas nikmat yang melaut dari Ilahi sedangkan ujian ini cuma sekelumit dari kesenangan yang telah di kecapi...
Moga Allah SWT segera angkat wabak ini... kami ingin berjumpa saudara kami, kami rindu semua ...
Sungguh ... kebersamaan dalam keluarga dimanfaatkan dengan Mr Hubby mengimami kami dan menjadikan waktu saban maghrib adalah ruang bersama sepenuhnya. Solat bersama, mengaji, tahlil, selawat, zikir dan berdoa ... moga Allah lindungi keluarga kami, adik-beradik dan sanak saudara, rakan taulan serta semuanya.
Benar, kebersamaan menjalani kehidupan adalah sokongan yang amat berharga. Amalan untuk kebergantungan kepada Ilahi juga bukan hanya dalam kami berdepan kesusahan malah menjadi rutin hingga ke akhir hayat, bekalan pada anak-anak juga nanti. Moga apa yang kami ajarkan akan menjadi cermin kepada anak-anak kami kelak.
Amira, Ameer, Afrina, Ammar & Amani
Moga kekal istiqamah dalam ikatan silaturrahim hingga ke jannah.
Jadilah bak jejari lima di tangan,
Anakanda lima beradik
No comments:
Post a Comment