Saturday 22 May 2021

COVID-19: Kes Aktif Yang Makin Menakutkan

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia menghampiri 500 ribu. Di peringkat global, lebih 165 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.4  juta. Lebih 146 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

 Malaysia semakin dibayangi kemungkinan berhadapan dengan kes harian baharu lima angka setelah tiga hari berturut-turut merekod kes harian baharu COVID-19 sekitar enam ribu pada Rabu (19 Mei), Khamis (20 Mei) dan hari ini.

Ini ditambah dengan penularan varian baharu COVID-19 yang lebih ganas dari United Kingdom, Afrika Selatan dan India yang sudah dikesan menular dalam komuniti negara ini.

Perkara ini turut menjadi kebimbangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini apabila beliau berkata “Malaysia kini berada pada titik genting. Dijangkakan jumlah kes harian akan mencecah lima angka dalam tempoh beberapa minggu akan datang."

Penularan koronavirus maut COVID-19 yang dilihat semakin parah mutakhir ini juga menyebabkan kes kumulatif hampir mencecah 500,000 kes. Hari ini kes kumulatif yang direkod adalah sebanyak 498,795 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 melepasi paras 50 ribu iaitu 52,106 kes.


Malaysia pernah mencatat kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 melepasi angka 50 ribu pada  6 Februari 2021 iaitu 50,894 kes. 

Sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat 21 Mei 2021, Malaysia menambah sebanyak 6,493 lagi kes harian baharu COVID-19 dengan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar, sebanyak 2,163 kes.

Semalam (Khamis 20 Mei 2021), Malaysia merekod sebanyak 6,806 kes harian baharu COVID-19, yang tertinggi sejak Malaysia mengesan kes pertama COVID-19 pada 25 Januari 2020.  Lonjakan kes semalam mengatasi rekod hari Rabu 19 Mei 2021 iaitu 6,075 kes.

Rekod tertinggi kes harian baharu sebelum ini dilaporkan pada 30 Januari 2021 iaitu sebanyak 5,728 kes dengan Selangor menyumbang kes harian baharu tertinggi iaitu 3,285 kes. 

Sepanjang tempoh Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama (15 Mei hingga 21 Mei 2021), Malaysia merekod lonjakan kes harian baharu COVID-19 yang konsisten antara tiga ribu hingga lebih enam ribu dan dibimbangi boleh mencecah lima angka.

Berikut adalah bilangan kes harian baharu yang dicatat sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 15 Mei hingga 21 Mei 2021:-

15 Mei (4,140 kes), 16 Mei (3,780 kes), 17 Mei (4,446 kes), 18 Mei (4,865 kes), 19 Mei ( 6,075 kes), 20 Mei (6,806 kes) dan 21 Mei (6,493 kes).

Lonjakan kes harian baharu yang mendadak sejak kebelakangan ini turut mencemaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana kes yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) terus meningkat, begitu juga bilangan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Hari ini, sebanyak 643 kes direkod di ICU dan 363 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan Facebook peribadi beliau pada 18 Mei 2021 menyebut setakat 18 Mei 2021, kadar penggunaan katil rawatan kritikal / ICU COVID-19 di Lembah Klang, secara keseluruhannya mencapai 89 peratus.

Menurut beliau, Selangor, WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Negeri Sembilan mencatatkan penggunaan katil COVID-19 ICU melebihi 80 peratus.

Hospital COVID-19 pula, kata beliau, meningkatkan jumlah katil ICU yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 dengan mengubah fungsi (repurpose) wad biasa. Walau bagaimanapun, ini juga mengurangkan peluang pesakit bukan COVID-19 untuk mendapatkan rawatan kritikal yang diperlukan.

Beliau pada 20 Mei menyatakan, kadar penggunaan katil ICU COVID-19 bagi seluruh negara mencapai 83 peratus.

"Peningkatan kes-kes secara mendadak kebelakangan ini memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

"Rakyat adalah barisan hadapan yang amat penting pada ketika ini dan diharap untuk terus patuh duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar. Kita tiada pilihan lagi, kita mesti jaga kita!'’

Dengan 498,795 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 42 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Malaysia mengatasi Nepal (488,645 kes) dan di hadapan Malaysia adalah Maghribi (516,091 kes).

 

 BANYAK KES KEMATIAN

 Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar KPK mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia pada Jumaat 21 Mei melaporkan sebanyak 50 lagi kes kematian, melibatkan 49 orang warganegara dan seorang bukan warganegara. Ini menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 2,149 kes.


Daripada 50 kes kematian itu, 22 kes dilaporkan berlaku di Selangor, lapan (8) kes di Sarawak, lima (5) kes di Johor, empat (4) kes di Kedah, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang dan Kelantan.

Kes tertinggi kematian direkod semalam sebanyak 59  kes, melibatkan 58 warganegara dan seorang bukan warganegara.

Daripada jumlah 59 kes itu, Johor melaporkan kes kematian tertinggi iaitu 14 kes, sementara 10 kes di Selangor, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, enam (6) kes di Kelantan, masing-masing empat (4) kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Kedah, Perak, dan Terengganu, dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan  Pulau Pinang.

Selain hari ini,  Selangor turut mencatat angka kematian tertinggi pada 15 Mei (26 kes), 16 Mei (8 kes), 17 Mei (20 kes), 18 Mei (18 kes)  dan 19 Mei (19 kes).

Untuk rekod, kes kematian sepanjang tempoh rangkuman 15 Mei hingga 21 Mei 2021 :-

15 Mei - 44 kes ( 43 WN 1 BWN ); 16 Mei - 36 kes (35WN 1 BWN ), 17 Mei - 45 kes ( 44 WN 1 BWN); 18 Mei - 47 kes (46WN 1 BWN);19 Mei - 46 kes ( 45 WN 1 BWN), 20 Mei -  59 kes ( 58 WN dan 1 BWN )  dan 21 Mei - 50 kes ( 49 WN 1 BWN).

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021. Larangan rentas daerah dan negeri juga dikuatkuasakan kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.

  

KES WARGANEGARA MEREBAK

 Penularan tempatan kes COVID-19 di Malaysia melibatkan warganegara masih pada kadar 90 peratus sepanjang tempoh Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama (15 Mei hingga 21 Mei 2021).

Rekod KKM hari ini (21 Mei 2021), daripada 6,493 kes baharu, sebanyak 6,491  kes adalah penularan tempatan, melibatkan 6,038 orang warganegara (93.0 peratus) dan 453 orang bukan warganegara (7.0 peratus).  Dua lagi kes adalah kes import (1 warganegara 1 bukan warganegara).

Berikut adalah data yang menunjukkan keseluruhan situasi kes baharu, kes kumulatif dan kes import, berdasarkan makluman KKM:-

Sabtu 15 Mei - Kes baharu : 4,140 kes (466,330 kes kumulatif); Kes tempatan : 4,131 kes [3,728 warganegara (90.2%); 403 bukan warganegara (9.8%)]; Kes import : 9 kes (9 warganegara);

Ahad 16 Mei - Kes baharu : 3,780 kes (470,110 kes kumulatif);Kes tempatan : 3,778 kes [3,441 warganegara (91.1%); 337 bukan warganegara (8.9%)]; Kes import : 2 kes (2 warganegara);

Isnin 17 Mei - Kes baharu : 4,446 kes (474,556 kes kumulatif);Kes tempatan : 4,443 kes [4,230 warganegara (95.2%); 213 bukan warganegara (4.8%)]; Kes import : 3 kes (3 warganegara);

Selasa 18 Mei - Kes baharu : 4,865 kes (479,421 kes kumulatif);Kes tempatan : 4,860 kes [4,650 warganegara (95.7%); 210 bukan warganegara (4.3%)]; Kes import : 5 kes (3 warganegara, 2 bukan warganegara);

Rabu 19 Mei - Kes baharu : 6,075 kes (485,496 kes kumulatif);Kes tempatan : 6,072 kes [5,452 warganegara (89.8%); 620 bukan warganegara (10.2%)]; Kes import : 3 kes (1 warganegara, 2 bukan warganegara);

Khamis 20 Mei - Kes baharu : 6,806 kes (492,302 kes kumulatif); Kes tempatan : 6,804 kes [6,122 warganegara (90.0%); 682 bukan warganegara (10.0%)]; Kes import : 2 kes (2 warganegara).

Jumaat 21 Mei - Kes baharu : 6,493 kes (498,795 kes kumulatif); Kes tempatan : 6,491 kes [6,038 warganegara (93.0%); 453 bukan warganegara (7.0%)]; Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara); 

Setakat 21 Mei 2021, sebanyak 4,508 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih daripada COVID-19 kini 444,540 kes (89.1 peratus).

Sementara rekod kes sembuh harian sepanjang tempoh rangkuman ini:-

15 Mei ( 3,432  kes ), 16 Mei ( 3,990 kes), 17 Mei (2,784 kes), 18 Mei ( 3,497 kes), 19 Mei ( 3,516    kes), 20 Mei (3,916 kes) dan 21 Mei (4,508 kes).

  

MASIH BANYAK KLUSTER BAHARU

 Kluster baharu semakin banyak dikesan sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (15 Mei hingga 21 Mei 2021) dan untuk Jumaat 21 Mei, KKM mengumumkan sebanyak 18 lagi kluster baharu.


Berdasarkan laporan harian Dr Noor Hisham mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia, kluster baharu itu terdiri daripada 10 kluster tempat kerja, lima kluster keagamaan dan tiga kluster komuniti.

Rekod kluster baharu sepanjang tempoh rangkuman ini:- 15 Mei (15 kluster), 16 Mei (11 kluster), 17 Mei ( 14 kluster), 18 Mei (19 kluster), 19 Mei ( 22 kluster), 20 Mei (24 kluster) dan 21 Mei (18 kluster).

Secara keseluruhannya sehingga 21 Mei 2021, negara merekod sebanyak 1,984 kluster dan 1,455 kluster daripadanya ditamatkan, sementara 529 kluster masih aktif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook peribadinya pada Jumaat 21 Mei 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 21 Mei 2021 untuk seluruh negara kekal 1.17.  Negeri mencatat Ro tertinggi ialah WP Labuan 2.55, Kedah 1.26 dan Perak 1.25.

R-Naught (Ro/Rt) iaitu kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan sepanjang tempoh rangkuman Bernama secara konsistennya berada pada kadar lebih 1.0. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

 PERINCIAN KES COVID-19 DI MALAYSIA

 Berdasarkan perincian KKM untuk 6,493 kes harian baharu COVID-19 yang dilaporkan KKM pada Jumaat 21 Mei 2021Selangor terus mencatat kes tertinggi empat angka iaitu 2,163 kes.

Untuk rekod, negeri Selangor kekal di tempat teratas, penyumbang terbesar kes positif COVID-19 sepanjang Rangkuman Mingguan ini, seperti berikut:-

15 Mei (1,507 kes), 16 Mei (1,275 kes), 17 Mei (1,650 kes), 18 Mei (1,743 kes) dan 19 Mei (2,251 kes), 20 Mei (2,277 kes) dan 21 Mei (2,163 kes).

Sebanyak 12 buah negeri mencatat k​​​​es harian baharu tiga angka iaitu WP Kuala Lumpur 641 kes, Sarawak 612 kes, Kelantan 467 kes, Kedah 434 kes, Johor 406 kes, Perak 382 kes, Negeri Sembilan 370 kes, Pulau Pinang 302 kes, Melaka 165 kes, Pahang 161 kes, Sabah 144 kes dan Terengganu 139 kes.

WP Labuan dan WP Putrajaya, mencatat kes harian baharu dua angka, iaitu masing-masing 84 kes dan 20 kes, sementara Perlis satu-satunya negeri yang merekod kes harian baharu satu angka iaitu tiga kes.

 

 STATISTIK GLOBAL COVID-19

 Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 165,889,188 kes (rangkuman minggu lalu 161,929,910 kes) dengan 3,446,039 kematian ( minggu lalu 3,360,935 kematian).  Jumlah pesakit sembuh seramai 146,597,864 orang  (minggu lalu 139,775,441 orang).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Turki, Rusia, United Kingdom, Itali, Jerman dan Sepanyol.

Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 33,833,181 kes (602,616 kematian);

India 26,031,991 kes (291,365 kematian);

Brazil 15,898,558 kes (444,391 kematian);

Perancis 5,568,551 kes (108,314 kematian);

Turki 5,160,423 kes (45,626 kematian);

Rusia 4,983,845 kes (117,739 kematian);

United Kingdom 4,455,221 kes  (127,701 kematian);

Itali 4,178,261 kes (124,810 kematian); 

Jerman 3,638,504 kes (87,639 kes);

Sepanyol 3,631,661 kes ( 79,601 kematian);

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 98 dengan 90,944 kes.  Angka kematian kekal 4,636.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 92 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 18 - 1,758,898 kes (48,887 kematian);

Filipina di tangga 24 - 1,171,403 kes (19,763 kematian); 

Myanmar di tangga 83 - 143,183 kes (3,216 kematian);

Thailand di tangga 91 - 123,066 kes (735 kematian);

Singapura di tangga 105 - 61,770 kes (32 kes kematian);

Kampuchea di tangga 124 - 24,157 kes (165 kematian); 

Vietnam di tangga 169 - 4,838 kes (39 kematian); 

Laos di tangga 189 - 1,763 kes ( 2 kematian); 

Brunei di tangga 202 - 235 kes (3 kematian).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RUANGAN SISI

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut. 

-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.  

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.

 Sumber: BERNAMA

 

 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers