Tuesday 4 May 2021

Khatam Quran Perdana 2021, Syukur Ya Ilahi

Alhamdulillah. Tahun ini dapat bersama dalam kumpulan khatam quran setelah bertadarus dalam kumpulan kecil di HQ. Untuk kumpulan aku masih orang-orang yang sama sebagaimana terbentuknya dalam empat-lima tahun lalu. Tahun ini tadarus diteruskan namun lebih bermakna apabila acara khatam quran dibuat secara bersama dengan kumpulan lain dan lebih meriah.


Sememangnya inilah ikatan silaturrahim yang telah lama tertangguh namun kembali diimarahkan oleh BKIP tahun ini. Lebih bermakna Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengetuai pimpinan Majlis Khatam Al-Quran Perdana anjuran BKIP di Auditorium UMNO. Sempat juga Dr Asyraf memberikan sedikita ilmu berkaitan al-quran dan pentingnya perjuangan dalam memastikan syiar Islam terus tegak. Yang pasti adalah yakin atas apa yang dilakukan, Islam bukan hanya pada nama tapi yang wajar diteruskan adalah pelaksanaannya di semua peringkat. Allahuakhbar.

Berkesempatan hadir pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Menerusi ucapannya beliau berkongsi amalan yang dapat dilakukan bagi memperolehi ganjaran pahala sempena bulan yang penuh dengan barakah ini. Lebih dari itu katanya, untuk mendapatkan pahala berterusan bukan hanya tertumpu kepada orang yang mendalami pengetahuan agama atau orang terlibat dalam aliran agama semata-mata kerana sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah atas nama Allah maka insyaAllah akan mendapat keberkatan.

Terima kasih pada BKIP yang merialisasikan Khatam Quran Perdana dalam silaturrahim para sahabat yang melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja. Ada pula saguhati dan kenang-kenangan yang amat manis dan menjadi inspirasi kepada kami semua.

Sesungguhnya, usaha yang dilaksana amat dihargai dan semoga ia akan terus dilaksana untuk tahun-tahun akan datang. Terima kasih semua.




 


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers