Wednesday, 24 November 2021

Penat ... Lelah ... Letih ...


Penat...
sungguh penat ... lelah ... letih ...
satu demi satu menimpa 
apabila yang ada di sekeliling bertentangan 
terasa diri ditolak, dihimpit
malah barangkali dipersenda, dinafi dan tak diperlukan
Sungguh ...
terjatuh, tercalar, terluka
cuba bangkit tanpa melihat darah yang mengalir
namun sekali itu juga rebah
malah ditekan untuk terus terhampar alpa
tanpa sedar air mata juga mengalir
Terlalu penat 
Teramat lelah
Sangat letih
Tapi tak boleh mengalah
hati meronta jangan menyerah
jiwa memujuk usah pasrah
mesti terus semangat
Tak apalah
Terlalu amat penat, lelah dan letih sekalipun
Tak apalah ... berbaringlah dalam hamburan airmata 
Tak apalah rehat sekejap 
kerana selepas ini teruslah bangkit dari rebah untuk melangkah
jangan mengalah!



No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers